Proses pembelian pemain sasaran Arsenal kini berada dalam 'mode standby' menanti persetujuan Emery

Proses pembelian pemain sasaran Arsenal, Emil Forsbeg kini berada dalam 'mode standby' menanti kelulusan Emery. Kredit foto :Daily Star

Selepas pengumuman rasmi perlantikan Ketua Jurulatih baru Arsenal, Unai Emery dilakukan, gossip perpindahan dan pembelian pemain Arsenal kini kembali hangat diperkatakan.



Walaupun Unai Emery hanya dilantik sebagai Ketua Jurulatih Arsenal dan bukanlah sebagai pengurus pasukan yang mempunyai kuasa dalam urusan pembelian pemain, namun laporan terkini mengatakan proses pembelian beberapa pemain 'digantung' seketika bagi mendapatkan persetujuan Emery terlebih dahulu.

Baca : Perbezaan peranan pengurus pasukan dan ketua jurulatih.

Media Itali, Calciomercato melaporkan dimana Juventus mengalami kesukaran dalam usaha mereka untuk mendapatkan pemain kebangsaan Sweden yang beraksi bersama kelab Jerman, RB Leipzig iaitu Emil Forsberg

Calciomercato turut mendakwa pihak Arsenal mempunyai peluang untuk menandatangani pemain sayap kelab Jerman itu dan kini menggantungkan urusan pembelian pemain lain dan meletakkan situasi (urusan rundingan) berada pada 'mode standby' kerana mahu mendapatkan persetujuan daripada pengendali baru Arsenal, Unai Emery.

Difahamkan dimana Emery sebelum ini cuba membawa Forsberg ke PSG ketika beliau masih menjadi pengendali pasukan tersebut namun tidak menjadi kenyataan.

Manakala Forsberg pula dikatakan tidak berada didalam senarai pemain yang bakal dibawa masuk Mislintat dalam laporan sebelum ini.


Rumors perpindahan Forsberg ke Arsenal bukanlah perkara baru. Pada bulan April lalu, Bild melaporkan bahawa tiada rahsia lagi buat pemain kebangsaan Sweden tersebut mahu berpindah daripada kelab itu dan dikatakan bakal menyertai Arsenal.

Bagaimanapun laporan tersebut turut mengatakan pihak RB Leipzig tidak mahu melepaskan pemain tersebut dengan tawaran kurang daripada  € 40 juta (kira-kira £35 juta).

Dan Arsenal enggan mengeluarkan  jumlah tersebut menyebabkan urusan perpindahan tersebut menemui kegagalan.

Dengan perkembangan terkini yang mengatakan Emery mahukan pemain RB Leipzig itu dibawa masuk ke Arsenal musim depan, pihak Arsenal terpaksa melakukan hubungan baru bersama pasukan Jerman tersebut bagi berunding mengenai potensi perpindahan ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post