Alasan bajet perpindahan £50 juta kekal oleh Stan Kroenke

Alasan pengekalan bajet perpindahan £50 juta oleh Stan Kroenke. Kredit foto: The Short Fuse

Sebelum ini kecoh dengan laporan yang mengatakan pengendali baru Arsenal bakal diberikan peruntukan perpindahan berjumlah £50 juta sahaja pada jendela perpindahan musim depan.



Walaupun terdapat laporan yang mengatakan bahawa jumlah peruntukan tersebut hanyalah spekulasi semata-mata, namun laporan Marca menjelaskan bahawa ianya adalah benar dengan Stan Kroenke, pemilik Arsenal menjelaskan mengapa peruntukan musim depan hanya berjumlah £50 juta.


Menurut laporan Marca, perlantikan Unai Emery dilihat Stan Kroenke sebagai seorang yang mampu membina Arsenal dengan peruntukan yang diluluskan itu (£50 juta) sebagaimana beliau (Emery) melakukannya ketika bersama Sevilla (baca disini) sebelum ini. 

Dengan alasan yang diberikan Stan Kroenke, bahawa Arsenal telah berbelanja besar pada musim 2017/18 dengan membawa masuk Lacazette (£53 juta ) dan Aubameyang (£60 juta).

Dan tugas untuk membawa masuk pemain baru yang berbakat, sama ada muda ataupun pemain terkenal bakal diuruskan oleh Sanllehi bersama Mislintat pada musim depan.

Serta Kroenke percaya kemampuan kedua-dua mereka (Sanllehi dan Mislintat) mampu memberikan kelebihan kepada Emery untuk mengemudikan Arsenal dengan cemerlang musim depan.

Dengan peruntukan sebanyak £50 juta itu, ianya mungkin termasuk dalam perancangan (pemain yang bakal dibawa masuk oleh kedua-dua individu tersebut) dan juga daripada Emery sendiri.

Tidak dapat dipastikan peruntukan sebenar yang diperuntukan oleh Arsenal musim depan, sama ada ianya mungkin bakal mempunyai dua peruntukan berbeza dengan satu peruntukan diberikan kepada Emery dan satu lagi peruntukan diberikan kepada Mislintat dan Sanllehi.

Ivan Gazidis tidak dalam laporan terkini pula, tidak mahu mengulas lanjut mengenai peruntukan dan kewangan Arsenal sebaliknya mengatakan bahawa pihak pengurusan Arsenal lebih selesa untuk menguruskan mengikut cara mereka tanpa perlu mendedahkan kepada umum.



Post a Comment

Previous Post Next Post