Gareth Bale pertimbangkan masa depan bersama Real Madrid.

Gareth Bale pertimbangkan masa depan bersama Real Madrid. Kredit foto : Sky Sports

Gareth Bale dilaporkan bakal mengadakan perbincangan dengan Presiden Real Madrid, Florentino Perez awal minggu ini bagi membincangkan masa depan beliau bersama kelab Sepanyol itu.

Pemain kebangasaan Wales itu bermula (dimasukkan) dari bangku simpanan untuk  meledak dua gol termasuk satu menerusi sepakan gunting, yang dianggap antara yang terhebat dalam sejarah kejohanan ketika membantu Real Madrid mencapai kemenangan 3-1 ke atas Liverpool pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Namun selepas perlawanan tersebut, Bale (28 tahun) berkata bahawa beliau akan mempertimbangkan masa depan beliau bersama pasukan itu sambil menegaskan bahawa beliau mahu sentiasa beraksi (minit permainan).

Ketika ini, Bale bukanlah pemain pilihan utama Zinedine Zidane dan perkara ini menyebabkan pemain tersebut dilaporkan kurang senang dengan keputusan pengendali Real Madrid itu yang lebih mengutamakan Karim Benzema untuk bergandingan bersama Ronaldo.

Kekurangan peluang beraksi bersama Real Madrid itu juga menyebabkan beliau ketika ini dikatakan bakal kembali ke Liga Perdana Inggeris dengan pasukan seperti Manchester United, Chelsea dan Tottenham dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain itu.

Selain kelab Inggeris, gergasi Perancis, Paris Saint-Germain turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan Bale.

“Saya perlu beraksi setiap minggu, dan perkara itu tidak berlaku musim ini mungkin kerana satu alasan atau ada perkara lain,” 

“Saya perlu duduk berbincang mengenai masa depan bersama ejen dan membuat keputusan,” katanya.

-- talkSport

Post a Comment

Previous Post Next Post