Arsenal dikatakan berunding dengan Stephan Lichtsteiner yang mampu mencabar Bellerin

Arsenal dikatakan berunding dengan Stephan Lichtsteiner. Kredit foto : talkSPORT

Arsenal tidak mempunyai peruntukan ataupun bajet perpindahan besar sebagai mana pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Perdana Inggeris terutamanya Manchester City.




Dan pada jendela perpindahan musim panas ini, Arsenal dikatakan bakal membawa masuk seorang pemain pertahanan secara percuma iaitu Stephan Lichtsteiner.

Serta 2 hari lalu (25 Mei 2018), pemain tersebut (Lichtsteiner) dikatakan berada di London ataupun lebih tepat lagi berada di pusat latihan Arsenal, London Colney dengan dakwaan pemain itu semakin menghampiri untuk menandatangani kontrak bersama Arsenal.

Pemain pertahanan antarabangsa Switzerland berusia 34 tahun itu bakal meninggalkan Juventus selepas tujuh tahun bersama kelab itu apabila kontrak beliau berakhir pada akhir bulan depan.

Kemasukan Lichtsteiner bakal memberi saingan kepada Bellerin musim depan. Kredit foto :talkSPORT
Dengan Arsenal yang tidak mempunyai bajet besar pada musim ini, lebih-lebih lagi pada jendela perpindahan musim panas, ianya dilihat sesuatu yang boleh diterima (masuk akal) untuk Arsenal bertindak sedemkian.

Dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Arsenal sedang mengintai peluang dalam mengeksploitasi peluang-peluang yang ada dalam pasaran perpindahan musim panas yang tidak menelan kos yang tinggi.

Namun adakah pemain ini menepati taktikal yang bakal digunakan oleh Emery?

Dalam analisis taktikal Emery ketika bersama Sevilla, beliau mementingkan pemain tengah disamping kelebihan pemain pertahanan (kiri dan kanan) dalam membentuk formasi menyerang dan bertahan yang menarik.

Baca: Taktikal Emery.

Lichtsteiner adalah pemain pertahanan veteran yang bakal menjadi kapten pasukan kebangsaan Switzerland pada kejohanan Piala Dunia 2018 dan mempunyai caps antarabangsa lebih dari 100.



Beliau telah memenangi tujuh gelaran Serie A, empat Coppa Italias dan tiga Piala Super Itali semenjak menyertai Juventus dari Lazio pada tahun 2011.

Rekod penampilan bersama kelab-kelab yang diwakili
Musim Kelab Penampilan Gol Bantuan Gol
2011– Juventus 259 15 30
2008–2011 Lazio 117 3 6
2005–2008 Lille 113 7 6
2001–2005 Grasshopper Zurich 76 4 4

Berdasarkan kepada corak dan gaya permainan yang ditunjukan pemain ini ketika bersama Juventus, boleh dikatakan mampu memenuhi keperluan taktikal Emery serta mampu memberi saingan kepada Bellerin.

Kedua-dua pemain ini (Bellerin dan  Lichtsteiner) mampu beraksi pada posisi pertahanan kanan dan juga pemain tengah kanan.

Dan mengikut kepada corak permainan Lichtsteiner, boleh dikatakan tidak menjadi masalah untuk Emery menggunakan beliau selain mempunyai pilihan seorang lagi pemain iaitu Bellerin.

Rekod penampilan musim 2017/18 mengikut posisi
Stephan Lichtsteiner vs Hector Bellerin
Penampilan Gol Bantuan Gol Posisi Penampilan Gol Bantuan Gol
23 - 3 Right-Back 23 - 5
4 - - Right Midfield 22 3 -



Rekod penampilan Stephan Lichtsteiner  musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit Permainan
Serie A 27 - 2 1,712'
Coppa Italia 3 - - 204'
Champions League 2 - 1 102'
Supercoppa TIM - - - -
JUMLAH 32 - 3 2,018'

Rekod penampilan Hector Bellerin musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit permainan
Premier League 35 2 3 3,051'
Europa League 8 1 2 720'
EFL Cup 3 - - 270'
Community Shield 1 - - 90'
JUMLAH 47 3 5 4,131'

Namun jika melihat kepada faktor usia, mungkin pengambilan Lichtsteiner dilihat sebagai 'back-up' selain memberi cabaran dan tekanan kepada Bellerin (23 tahun).

Pun begitu pada usia 34 tahun, kemasukan beliau ke dalam Arsenal juga dilihat mampu memberi kelebihan dari sudut kepimpinan (ketua pasukan) dimana ketika ini Arsenal dilihat kekurangan faktor terpenting ini ketika beraksi didalam sesebuah perlawanan.

Adakah anda berasa gembira jika pemain ini dibawa masuk Arsenal secara percuma musim depan?

Dan saksikan video mengenai kehebatan Lichtsteiner dibawah.

Insane Speed, Assists & Defensive Skills 2017/2018


Post a Comment

Previous Post Next Post