Tiada tawaran rasmi dibuat namun Man. United, PSG, Arsenal dan Real Madrid bakal bersaing.

Tiada tawaran rasmi dibuat namun Man. United, PSG, Arsenal dan Real Madrid bakal bersaing bagi mendapatkan pemain tengah Lazio ini. Kredit foto :Eurosport

Sergej Milinkovic-Savic, pemain tengah Lazio, dianggap antara pemain tengah terbaik di Eropah meskipun baru berusia 23 tahun. 



Pemain muda berbakat ini telah membuat 122 penampilan bersama Lazio semenjak beliau menyertai kelab itu pada 31 Julai 2015 dan telah menjaringkan 24 gol serta mencipta 20 bantuan gol.

Beliau yang beraksi pada posisi tengah (center midfielder) juga mampu bertindak ataupun bermain pada posisi pemain tengah menyerang (attacking midfielder center) serta penyerang kedua.

Dengan kehebatan dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan beliau bersama Lazio maka tidak hairanlah jika pemain kelahiran Serbia ini menjadi perhatian kelab-kelab ternama Eropah.

Semalam, media Itali - La Repubblica melaporkan antara pasukan elit yang berminat untuk mendapatkan pemain ini termasuklah Arsenal selain Real Madrid, Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG).

ARSENAL, PSG, REAL E UNITED INTERESSATE - Si parla di cifre da 120 milioni di euro a salire, tutte in arrivo dall'estero. Sono quattro al momento le proposte d'acquisto raccolte dal procuratore di Sergej, ancora però non presentate ufficialmente alla Lazio. Le più remunerative (sia per il club che per il nuovo contratto del giocatore) sono quelle dalla Ligue 1 del Paris Saint-Germain e dalla Premier League dell'Arsenal.

Terjemahan (kredit Google Translate) ARSENAL, PSG, REAL AND UNITED INTERESTED - We are talking about 120 million euro to go up, all coming from abroad. At the moment there are four purchase proposals collected by Sergei's attorney, but not yet officially presented to Lazio. The most profitable (both for the club and for the new player contract) are those from Ligue 1 of Paris Saint-Germain and the Arsenal Premier League.



MELAMPAU dan TIDAK MASUK AKAL

Jika mengambil terjemahan tersebut, media Itali itu mengatakan hanya dua pasukan sahaja yang dikatakan mampu memenuhi tuntutan Lazio dan pemain itu sendiri iaitu PSG dan Arsenal.

ARSENAL mampu memenuhi tuntuan Lazio dan Milinkovic-Savic?

Kroenke tidak lagi kedekut?
Menurut laporan Metro, Lazio dikatakan menilai pemain tersebut dengan meletakkan nilai sekitar €150 juta (£131 juta) untuk memulakan rundingan kepada mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan Milinkovic-Savic.

Biar betul... Bajet £50 juta jer.. macam mana Arsenal mampu penuhi permintaan Lazio?
Namun begitu, setakat ini hanya Manchester United sahaja yang dilaporkan benar-benar berminat untuk mendapatkan pemain ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Manchester Evening News, mereka mendakwa United bakal menandatangani pemain tersebut hanya sekiranya berjaya melepaskan Pogba.

Manchester United will sign Sergej Milinkovic-Savic in the summer transfer window if they sell Paul Pogba.
--Manchester Evening News

Dan laporan Metro semalam (27 Mei 2018), Man.United dikatakan telah pun membuat tawaran pertama kepada Lazio dengan nilai tawaran berjumlah £96 juta termasuk bonus namun ditolak Lazio kerana tawaran tersebut terlalu rendah berbanding daripada jangkaan mereka (penilaian Lazio terhadap Milinkovic-Savic).

Dengan kegagalan Lazio untuk beraksi pada saingan Liga Juara Juara musim depan, kemungkinan untuk Lazio melepaskan (menjual) pemain tersebut dikatakan tinggi berikutan minat yang ditunjukkan oleh beberapa kelab elit juga tinggi (menjadi rebutan kelab-kelab ternama).

Kontrak Milinkovic-Savic bersama Lazio bakal berakhir pada 30 Jun 2021 dan beliau berada dibawah ejen yang merupakan bekas pemain kebangsaan Serbia, Mateja Kezman.

Mateja Kežman, 39 tahun menjadi ejen pemain bolasepak selepas bersara selaku pemain pada tahun 2012. Kredit foto : Sky Sports
Turut dilaporkan dimana Presiden Lazio, Claudio Lotito berharap pasukan lain yang berminat untuk mendapatkan Milinkovic-Savic seperti Paris Saint-Germain dan Real Madrid mampu membuat tawaran lebih tinggi daripada Man. United bagi mencetuskan perang bidaan (harga).

Penulis tidak merasakan bahawa Arsenal benar-benar berminat untuk membawa pemain ini menyertai Arsenal musim depan memandangkan nilai yang terlalu tinggi terpaksa dibuat yang mana ianya sudah pasti kelihatan amat mustahil untuk Arsenal mengeluarkan belanja berjumlah £131 juta.

Lebih-lebih lagi untuk mendapatkan hanya seorang pemain.

Post a Comment

Previous Post Next Post