![]() |
Falsafah bolasepak dan taktikal Unai Emery - Bahagian I. Kredit foto : Daily Star |
Unai Emery, 46 tahun setakat ini telah mengendalikan enam pasukan bolasepak dengan empat pasukan ataupun kelab dari Sepanyol dan satu kelab Rusia serta satu kelab Perancis.
Dan mengikut rekod pencapaian beliau setakat ini, boleh dikatakan pencapaian bersama kelab Sepanyol lebih cemerlang apabila berjaya membawa Sevilla menjuarai Liga Europa sebanyak tiga kali dan lebih hebat, ianya dilakukan secara berturut-turut.
Pun begitu, beliau juga dilihat tidak begitu cemerlang diperingkat domestik ketika membimbing kelab Sepanyol itu.
Pun begitu, beliau juga dilihat tidak begitu cemerlang diperingkat domestik ketika membimbing kelab Sepanyol itu.
Manakala bagi peringkat domestik, boleh dikatakan bahawa beliau begitu cemerlang ketika bersama PSG dan anda boleh membacanya disini : Kenali Unai Emery Calon Yang Bakal Menggantikan Arsene Wenger.
Artikel ini serba sedikit cuba untuk mencari dan memahami mengenai falsafah dan taktikal Unai Emery yang dianggap berbisa bersama Sevilla dan juga ketika bersama PSG.
Sebagai pengenalan, penulis cuba memahami formasi yang pernah digunakan beliau sebelum ini, sebelum memahami dan mengulas taktikal yang diamalkan oleh beliau bersama dua kelab terdahulu itu (Sevilla dan PSG).
To win something and share it with the fans is the greatest feeling there is in football.- Unai Emery.
FORMASI
Unai Emery dilihat lebih gemar menggunakan formasi 4-2-3-1 yang menggunakan 'double pivot'.
Ketika di Sevilla pada musim 2013/14, beliau sering meletakkan Stephane Mbia bersama Daniel Carrico sebagai 'double pivot'.
Dan rekod perlawanan liga musim itu (2013/14) Sevilla menyaksikan Emery menggunakan 65.8% formasi 4-3-2-1 (25 perlawanan) dan 13 perlawanan lagi dengan beberapa formasi.
Sepanjang tiga musim terakhir bersama Sevilla (musim 2013/14 sehingga musim 2015/16) dimana ketiga-tiga musim ini menyaksikan Emery berjaya membawa Sevilla menjuarai Liga Europa, beliau sememangnya menggunakan formasi 4-2-3-1 secara purata bagi aksi domestik dan juga Eropah.
Sepanjang tiga musim terakhir bersama Sevilla (musim 2013/14 sehingga musim 2015/16) dimana ketiga-tiga musim ini menyaksikan Emery berjaya membawa Sevilla menjuarai Liga Europa, beliau sememangnya menggunakan formasi 4-2-3-1 secara purata bagi aksi domestik dan juga Eropah.
![]() |
Skuad Sevilla pada musim 2015/16. Kredit Foto : estadio.ec |
MUSIM 2013/14
Saingan | Formasi digunakan | Jumlah | Menang | Seri | Kalah |
---|---|---|---|---|---|
La Liga | 4-2-3-1 | 25 | 13 | 7 | 5 |
4-4-2 | 9 | 4 | 1 | 4 | |
3-4-3 | 1 | - | 1 | - | |
5-4-1 | 1 | - | - | 1 | |
4-3-3 | 2 | 1 | - | 1 | |
JUMLAH | 38 | 18 | 9 | 11 | |
Europa | 4-4-2 | 4 | 3 | 1 | - |
4-3-2-1 | 13 | 7 | 3 | 3 | |
JUMLAH | 17 | 10 | 4 | 3 |
MUSIM 2014/15
Saingan | Formasi digunakan | Jumlah | Menang | Seri | Kalah |
---|---|---|---|---|---|
La Liga | 4-2-3-1 | 27 | 16 | 7 | 4 |
4-4-2 | 3 | 2 | - | 1 | |
4-1-4-1 | 6 | 3 | 1 | 2 | |
4-5-1 | 1 | 1 | - | - | |
4-3-3 | 1 | - | - | 1 | |
JUMLAH | 38 | 22 | 8 | 8 | |
Europa | 4-4-2 | 1 | - | - | 1 |
4-3-2-1 | 7 | 6 | 1 | - | |
4-3-3 | 3 | 3 | - | - | |
4-1-4-1 | 1 | - | 1 | - | |
4-5-1 | 3 | 2 | 1 | - | |
JUMLAH | 15 | 11 | 3 | 1 |
MUSIM 2015/16
Saingan | Formasi digunakan | Jumlah | Menang | Seri | Kalah |
---|---|---|---|---|---|
La Liga | 4-2-3-1 | 34 | 15 | 9 | 10 |
4-4-2 | 3 | - | 1 | 2 | |
4-4-1-1 | 1 | - | - | 1 | |
JUMLAH | 38 | 15 | 10 | 12 | |
Europa | 4-3-2-1 | 9 | 5 | 3 | 1 |
UCL | 4-2-3-1 | 5 | 2 | - | 3 |
4-3-3 | 1 | - | - | 1 | |
JUMLAH | 15 | 7 | 3 | 5 |
![]() |
Skuad PSG musim 2017/18. Kredit Foto: PSG Talk |
Namun ketika bersama PSG, beliau lebih gemar dan banyak menggunakan formasi 4-3-3, baik untuk perlawanan domestik mahupun perlawanan peringkat Eropah.
Formasi yang kerap digunakan ketika saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2016/17.
Saingan | Venue | Lawan | Formasi | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Kumpulan | H | Arsenal | 4-1-4-1 | 1:1 |
Kumpulan | A | Ludogorets | 4-3-3 | 1:3 |
Kumpulan | H | FC Basel | 4-3-3 | 3:0 |
Kumpulan | A | FC Basel | 4-3-3 | 1:2 |
Kumpulan | A | Arsenal | 4-1-4-1 | 2:2 |
Kumpulan | H | Ludogorets | 4-2-3-1 | 2:2 |
Pusingan 16 (1) | H | FC Barcelona | 4-3-3 | 4:0 |
Pusingan 16 (2) | A | FC Barcelona | 4-3-3 | 6:1 |
Emery menggunakan formasi 4-3-3 - 100% ketika saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2017/18.
Saingan | Venue | Lawan | Formasi | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Kumpulan | A | Celtic | 4-3-3 | 0:5 |
Kumpulan | H | Bayern Munich | 4-3-3 | 3:0 |
Kumpulan | A | Anderlecht | 4-3-3 | 0:4 |
Kumpulan | H | Anderlecht | 4-3-3 | 5:0 |
Kumpulan | H | Celtic | 4-3-3 | 7:1 |
Kumpulan | A | Bayern Munich | 4-3-3 | 3:1 |
Pusingan 16 (1) | A | Real Madrid | 4-3-3 | 3:1 |
Pusingan 16 (2) | H | Real Madrid | 4-3-3 | 1:2 |
Dan begitu juga dalam aksi liga (Ligue 1), dimana Emery menggunakan formasi 4-3-3 dalam hampir kesemua perlawanan untuk tempoh dua musim beliau bersama PSG.
Perubahan formasi yang menjadi kegemaran beliau ketika bersama Sevilla tidak banyak mempengaruhi formasi beliau ketika bersama PSG walaupun menggunakan formasi 4-3-3, ini kerana asas kedua-dua formasi itu ketika bertahan, ianya memusatkan kekuatan pasukan dan pemain pada bahagian tengah.
![]() |
Formasi 4-3-3 (menyerang) yang digunakan PSG ketika menentang Celtic dan Bayern Munich bagi saingan UCL 2017/18. |
![]() |
4-2-3-1 dalam fasa bertahan. Kredit grafik : Foot and Ball |
![]() |
4-3-3 dalam fasa bertahan. Kredit grafik : Foot and Ball |
Dan bersama PSG, Emery kerap menggunakan pemain tengah seperti Marco Verrati, Andrien Rabbiot (pilihan utama) dan Thiago Motta yang merupakan pemain tengah (center midfielder) dan pemain tengah bertahan (defensive midfielder).
Ini menjelaskan stuktur formasi yang diterapkan Emery ketika bersama PSG dan juga ketika di Sevilla yang mementingkan pemain tengah (center midfielder dan defensive midfielder).
Dan Emery juga menggunakan formasi 4-3-3 (bertahan) seperti gambar dibawah ketika mengemudi PSG di awal penyertaan beliau bersama kelab tiu (2 tahun lalu - 2016/17) dalam beberapa perlawanan.
![]() |
Asas 4-3-3 . Kredit grafik : Foot and Ball |
Dan Emery juga menggunakan formasi 4-3-3 (bertahan) seperti gambar dibawah ketika mengemudi PSG di awal penyertaan beliau bersama kelab tiu (2 tahun lalu - 2016/17) dalam beberapa perlawanan.
![]() |
Antara pilihan formasi 4-3-3 - defensive mode. |
![]() |
4-3-3 bertahan yang digunakan Emery bersama PSG pada musim 2016/17. |
Ini adalah secara teori dan mengikut pemahaman penulis. Anda mungkin ada mempunyai pandangan dan pemahaman tersendiri (boleh kongsikan pandangan dan pemahaman anda bersama penulis).
Baca: Falsafah bolasepak dan taktikal Unai Emery - Bahagian II : Kegemilangan Sevilla.
Baca: Falsafah bolasepak dan taktikal Unai Emery - Bahagian II : Kegemilangan Sevilla.