Tiga pemain utama Arsenal dilaporkan tidak pasti beraksi menentang Atletico Madrid.

David Ospina, Henrikh Mkhitaryan dan Alex Iwobi dilaporkan tidak pasti beraksi pada pertembungan kedua menentang Atletico Madri. Sumber dan kredit : London Football.

Arsenal menerima perkhabaran tidak baik menjelang perlawanan penting dalam saingan Liga Europa menentang Atletico Madrid apabila tiga pemain dilaporkan mengalami kecederaan.



David Ospina, Henrikh Mkhitaryan dan Alex Iwobi, ketiga-tiga mereka diturunkan pada perlawanan liga menentang Manchester United Ahad lalu bagaimanapun menurut Wenger kemungkinan tidak mampu beraksi pada perlawanan penting Jumaat ini menentang Atletico Madrid.

Selepas perlawanan di Old Trafford, Wenger menjelaskan dimana Mkhitaryan terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kesakitan pada lututnya selepas pulih daripada kecederaan sebelum ini.
Mkhitatryan I took off because he had a little knock on his knee again, the same thing, just looking at him in the dressing room. - Arsene Wenger
Manakala Ospina mengalami masalah (kecederaan) pada tulang rusuk beliau dan Alex Iwobi pula mengalami masalah hamstring.

Namun begitu, Iwobi menegaskan bahawa beliau berharap kecederaan beliau itu tidak menghalang beliau untuk beraksi pada pertembungan Jumaat nanti dan berharap mampu pulih sepenuhnya.
I believe it is very good. I am still being assessed but to me it is good and I will be okay. We will have to wait and see but I believe I will be okay and fit (for Atletico). - Iwobi
Dan Wenger pula berharap kesemua pemain-pemain tersebut mampu sembuh dengan segera bagi menghadapi perlawanan penting yang mana ianya merupakan peluang terbaik yang tinggal untuk beliau dan Arsenal merangkul satu-satunya trofi kejuaraan musim ini.
We’ll see how everyone recovers because Thursday will come around very quickly. - Wenger

Post a Comment

Previous Post Next Post