Wenger tidak berminat dengan Ligue 1

Wenger tidak berminat dengan Ligue 1. Kredit foto : Metro

Semenjak Arsene Wenger mengumumkan keputusan beliau yang tidak akan meneruskan khidmat selaku pengurus pasukan kepada Arsenal, hanya dua persoalan yang sering kali dikaitkan semenjak itu dengan melibatkan masa depan Wenger (kemanakah destinasi seterusnya) dan siapakah pengganti kepada beliau di Arsenal.



Sehingga kini, pengganti Arsene Wenger di Arsenal masih belum diumumkan namun begitu, bekas pemain dan juga kapten Arsenal, Mikel Arteta menjadi calon hangat untuk mengisi kekosongan tersebut sehinggakan syarikat perjudian menggantung pertaruhan keatas Arteta daripada dijalankan ataupun diteruskan.

Baca: Arteta calon yang kuat dikatakan bakal menggantikan Arsene Wenger.

Berbalik kepada cerita mengenai masa depan Wenger, walaupun beliau belum memutuskan mengenai perancangan masa depan yang bakal dilakukan, namun beliau turut mendedahkan dimana ketika ini beliau ada menerima beberapa tawaran untuk mengemudikan beberapa pasukan ataupun kelab.

Dan menurut wartawan bolasepak Perancis, Nabil Djellit beberapa hari lalu, ahli perniagaan iaitu Jérôme de Bontin yang dikatakan mahu membeli sebuah kelab Liga Perancis (Saint Étienne) dikatakan telah menghubungi Arsene Wenger bagi jawatan penting kelab tersebut.

Namun selain Wenger, ahli perniagaan itu juga turut menghubungi pengurus pasukan Leicester City, Claude Puel bagi posisi (jawatan) yang sama yang dibincangkan bersama Wenger.
Terjemahan (kredit to Google Translate) :
Info: In the running for the purchase of # Saint Etienne, businessman Jérôme de Bontin, at the head of an American pension fund, has approached Arsène Wenger and Claude Puel to give them a major role in the Greens, in case of positive finalization of the file ... To be continued.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan jawatan apakah yang bakal diberikan kepada Arsene Wenger mahupun Claude Puel dalam tawaran ataupun perbincangan bersama ahli perniagaan tersebut.

Namun menurut sumber, dipercayai bahawa ahli perniagaan tersebut mahu melantik Puel sebagai pengurus pasukan dengan Wenger pula bertindak selaku pengarah bolasepak kelab tersebut .

Tindakan tersebut dilihat sebagai usaha ahli perniagaan tersebut mahu menggunakan pengaruh Wenger dalam menarik lebih ramai pemain-pemain terkenal dan berbakat membarisi pasukan yang bakal dibeli beliau (Jérôme de Bontin).

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Le Sport semalam, mereka mendakwa bahawa Arsene Wenger telah menolak tawaran tersebut namun rundingan masih dijalankan diantara mereka berdua.

According to our information, the chances of Arsène Wenger being part of the new Etienne project are almost nil. The French technician does not seem interested in the proposal or the role that could be entrusted to him in the Forez.

However, discussions are continuing with other quality technicians. If the deal was to close before May 15, deadline mentioned in the corridors of Saint Etienne for a month, it seems that the purchase requires a little more time to discuss the final details. But the operation takes shape hour after hour ... - Le 10 Sports

Selain itu juga, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Arsene Wenger sedang menanti jawatan untuk mengemudikan pasukan kebangsaan Perancis selepas berakhirnya kejohanan Piala Dunia 2018.

Namum semua itu bergantung juga kepada prestasi Didier Deschamps di Rusia, kerana kontrak pengurus tersebut baru sahaja diperbaharui tahun lalu dan bakal berakhir pada tahun 2020.

Sekiranya Perancis tewas dan gagal layak ke peringkat separuh akhir (sasaran yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis), kemungkinan untuk bekas pengurus Arsenal ini diberikan jawatan dan peranan bersama pasukan kebangsaan Perancis juga tinggi.

Post a Comment

Previous Post Next Post