Toulon Tournament

Kejohanan Toulon (dahulunya dikenali dengan Festival Antarabangsa "Espoirs" - Tournoi Maurice Revello) adalah kejohanan bolasepak yang secara tradisinya diwakili oleh pasukan kebangsaan (jemputan) dimana ianya terdiri daripada pemain bawah 21 tahun (skuad Bawah 21 Tahun). 



Pada awal kejohanan ini diwujudkan iaitu pada tahun 1967, ianya menampilkan pasukan kelab sahaja, namun pada tahun 1974 ianya telah ditukarkan kepada pasukan kebangsaan.

Kejohanan ini diadakan di sekitar Wilayah Var dengan perlawanan akhir yang diadakan di Toulon  itu sendiri.

Peta Wilayah Var, Perancis.
Toulon merupakan sebuah bandar di selatan Perancis dimana memiliki populasi seramai 165,514 orang penduduk (data pada tahun 2009), menjadikannya kota ke-15 terbesar di Perancis dan yang ketiga terbesar di pantai Mediterranean selepas Marseille dan Nice.

Kedudukan bandar Toulon, Var.


Kejohanan Toulon dijalankan tanpa pengawasan FIFA ataupun mana-mana persatuan kebangsaan bolasepak (kerana ianya diwujudkan berdasarkan festival).

Oleh itu, ianya dianggap sebagai perlawanan persahabatan yang paling berprestij berbanding perlawanan persahabatan yang lain dengan melibatkan pasukan negara (kebangsaan) bagi peringkat (skuad) Bawah 21 tahun.

Dan dianggap sebagai Kejohanan Dunia tidak rasmi bagi peringkat tersebut (U21) sebelum FIFA memperkenalkan Piala Dunia Remaja secara rasmi pada tahun 1977. 

Kejohanan Toulon dilangsungkan selama 40 minit setiap separuh masa (separuh masa pertama 40 minit dan separuh masa kedua 40 minit).

Pasukan England merupakan Juara bertahan selepas memenangi kejohanan ini pada tahun lalu (2017) dan juga tahun sebelum itu (2016).

Rekod Kejuaraan (Negara):
Negara Juara Tahun Kejuaraan
France 12 1977, 1984, 1985, 1987, 1988, 1989, 1997, 2004, 2005, 2006, 2007, 2015
Brazil 8 1980, 1981, 1983, 1995, 1996, 2002, 2013, 2014
England 6 1990, 1991, 1993, 1994, 2016, 2017
Portugal 3 1992, 2001, 2003
Colombia 2 1999, 2000, 2011
Bulgaria 2 1976, 1986
Argentina 2 1975, 1998
Hungary 2 1974, 1978
Italy 1 2008
Chile 1 2009
Yugoslavia 1 1982
Soviet Union 1 1979
Ivory Coast 1 2010
Poland 1 1974
Belgium 1 1967
Mexico 1 2012

Anderlecht FC dari Belgium merupakan pasukan pertama menjuarai kejohanan ini pada tahun 1967.
Skuad U21 Poland merupakan pasukan negara pertama menjuarai kejohanan ini pada tahun 1974.
Pasukan U21 Malaysia dan Indonesia turut pernah menyertai kejohanan bersama pasukan dari Benua Asia yang lain seperti berikut:

Negara Jumlah Penyertaan Negara Jumlah Penyertaan Negara Jumlah Penyertaan
Bahrain 1 China 11 Korea Selatan 4
United Arab Emirates 1 Indonesia 1 Iran 1
Japan 12 Malaysia 1 Qatar 4

Sumber dan Rujukan : Festival Antarabangsa "Espoirs" - Tournoi Maurice Revello


Kedudukan Toulon di peta Perancis.

Post a Comment

Previous Post Next Post