23 Mei 2018 menjadi tarikh yang bakal diingati oleh peminat dan penyokong Arsenal apabila pengganti kepada Arsene Wenger akhirnya diumumkan secara rasmi oleh Arsenal.
Unai Emery, 46 tahun akhirnya sah menjadi Ketua Jurulatih baharu Arsenal bagi tempoh selama tiga tahun.
Beliau menyertai Arsenal setelah menamatkan dua musim bersama Paris Saint-Germain (PSG), di mana bersama gergasi Perancis itu beliau telah berjaya membawa kejuaraan 'treble' dengan memenangi Juara Liga (Ligue 1), Coupe de France dan Coupe de la Ligue.
Mengumumkan pelantikan, ketua eksekutif Ivan Gazidis berkata (dipetik dari laman Arsenal): "Unai mempunyai rekod pencapaian cemerlang sepanjang kariernya, telah mengembangkan beberapa bakat muda terbaik di Eropah dan memainkan gaya bolasepak yang progresif yang sesuai dengan Arsenal. Pendekatan yang gigih dan penuh semangat dan nilai-nilainya di atas dan di luar padang menjadikannya orang yang ideal untuk membawa kami ke hadapan."
"Kami melakukan carian secara sulit, meluas dan terperinci yang melibatkan rujukan latar belakang, analisis data dan video, dan pertemuan peribadi dengan semua calon yang kami senarai pendek. Semua calon berminat dalam jawatan tersebut dan kami sebulat suara dalam memilih Unai untuk meneruskan sejarah baru bersama kami. "
Pemilik saham majoriti Arsenal, Stan Kroenke berkata: "Kami gembira untuk mengalu-alukan Unai ke Arsenal. Beliau telah membuktikan kehebatan beliau. Kami yakin bahawa beliau merupakan individu yang tepat untuk tugas itu dan beliau akan berusaha untuk menyampaikan kejayaan kepada peminat, kakitangan dan setiap orang yang peduli dengan kehendak Arsenal."
"Beberapa perkara menonjol semasa temuduga dan keseluruhan proses dimana pengetahuan bolasepaknya, tenaga, tekad dan cinta terhadap bolasepak. Keterampilan beliau yang mengenali kelab dan pemain kami, Liga Perdana dan permainan di Eropah semuanya sangat mengagumkan. Beliau berkongsi visi kami untuk maju, untuk membina dan meneruskan kejayaan berdasarkan platform yang telah dicipta oleh Arsène Wenger dan membantu kelab ini untuk menghasilkan kejayaan yang lebih besar. "
Unai berkata: "Saya gembira menyertai salah sebuah kelab hebat. Arsenal dikenali dan disayangi di seluruh dunia dengan gaya permainannya, komitmennya kepada pemain muda, stadium yang hebat, cara bagamana kelab diuruskan. Saya sangat teruja apabila diberi tanggungjawab untuk memulakan 'buku' baru yang penting dalam sejarah Arsenal. Saya telah bertemu Stan dan Josh Kroenke dan jelas mereka mempunyai cita-cita besar untuk kelab dan komited untuk membawa kejayaan masa depan. Saya teruja dengan apa yang bakal kita lakukan bersama dan saya berharap dapat memberikan semua orang yang mencintai Arsenal beberapa momen dan kenangan istimewa. "
Unai memulakan kerjaya kejurulatihannya di Lorca Deportiva pada 2005 selepas bermain di bahagian kedua Liga Sepanyol. Beliau kemudiannya menjadi jurulatih Almeria, Valencia dan Spartak Moscow sebelum menyertai Sevilla dan Paris Saint-Germain.
Pelantikan itu adalah tertakluk kepada penyelesaian proses pengawalseliaan.