Pemain yang disasarkan Arsenal, Caglar Soyuncul dedah perasaan beliau kepada akhbar Turki mengenai perpindahan ke Liga Perdana Inggeris.

Caglar Soyuncul dedah perasaan beliau kepada akhbar Turki mengenai perpindahan ke Liga Perdana Inggeris. Kredit foto : Ajansspor

Pemain yang disasarkan Arsenal, Caglar Soyuncu dedah perasaan beliau kepada akhbar Turki mengenai perpindahan ke Liga Perdana Inggeris.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pertahanan Freiburg itu kuat dikaitkan dengan menyertai Arsenal dengan dakwaan beliau semakin hampir untuk berpindah menyertai Arsenal.


Bercakap kepada media Turki Ajansspor, Soyuncu telah ditanya mengenai khabar angin yang mengaitkan perpindahan beliau ke Liga Perdana Inggeris dan beliau mengakui bahawa teruja untuk beraksi didalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Namun begitu, beliau mengatakan bahawa perlu menyertai pasukan yang beraksi didalam saingan tersebut terlebih dahulu sebelum mampu beraksi didalam liga yang mengikut beliau adalah liga terbaik buat dirinya.

Caglar Söygün: Circumcision, says Premier League is right for me

"For me, it must be a team that I can play first. As a defender, I do not have a chance to play every game. While the defensive player will transfer, of course he will look at the size of his team, but will also evaluate his chances of playing. Something at the moment is an exaggeration. It's best to wait. The English League is a very good league. He says that you're more involved in construction. It does not matter to me. I try to get that form as long as I get it." -- Soyuncu via Ajansspor.

Awal bulan ini (Mei), presiden kelab Presiden Altinordu, Seyit Mehmet Ozkan telah bercakap kepada media dalam satu forum yang bertajuk 'Situasi Ekonomi dalam Bola Sepak Turki' dan mendakwa Arsenal semakin hampir menandatangani pertahanan Freiburg, Caglar Soyuncu.
Dan pada April lalu, pengurus pasukan Altinordu, Huseyin Eroglu (via Futbaolarena) telah mengeluarkan kenyataan dimana beliau yakin bahawa bekas pemain yang dihasilkan daripada akademi kelab itu bakal menyertai Liga Perdana Inggeris musim depan (2018/19).

"Saya fikir Caglar akan pergi ke England pada akhir musim ini. Dia datang dari akademi kami sendiri dan sekarang sedang beraksi dengan baik di Bundesliga. Bagi saya, dia akan pergi ke Manchester United atau Manchester City pada akhir tahun dan menjadi bakal menjadi salah seorang pemain pertahanan terbaik. "

Berbalik kepada luahan perasaan Soyuncu kepada media Turki itu tadi, beliau yang teruja untuk menyertai Liga Perdana Inggeris bagaimana pun mengambil sikap 'tunggu dan lihat' sahaja ketika ini.

"Pada masa ini ia adalah sesuatu yang lebih digambarkan oleh media secara berlebihan. Yang terbaik adalah mengambil berdiam diri - tunggu dan lihat. Liga Inggeris adalah liga yang sangat baik."


Soyuncu telah membuat 55 penampilan untuk pasukan Bundesliga itu semenjak menyertai mereka dua tahun lalu dan kontrak beliau bersama kelab tersebut bakal berakhir pada tahun 2021.

Post a Comment

Previous Post Next Post