35 juta untuk Rafinha

Barcelona dilaporkan meminta Inter Milan membayar klausa pelepasan Rafinha. Kredit foto :Barca Blaugranes

Selepas menghabiskan musim lalu bersama Inter Milan (secara pinjaman), Rafinha dilaporkan sedia untuk terus kekal bersama kelab Itali itu dimana mereka (Inter Milan) mempunyai klausa untuk mengaktifkannya dalam kontrak pinjaman pemain itu.

Namun sebagaimana nasib yang menimpa seorang lagi pemain pinjaman yang dilakukan Inter Milan musim lalu, Joao Cancelo, jelas menunjukkan bahawa kelab Itali itu mempunyai kekangan kewangan untuk mendapatkan pemain-pemain ternama ketika ini.

Rekod penampilan Rafinha 2017/18 bersama Inter MIlan
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Posisi
Serie A 17 2 3 ➧Attacking Midfielder
➧Right Wing
Copa del Rey 1 - -

West Ham, sebelum ini dikatakan telah menghantar wakil mereka untuk meninjau perkembangan pemain ini dan cuba untuk membawa pemain tersebut menyertai mereka musim depan bagaimana pun dikatakan telah ditolak oleh wakil Rafinha.

Menurut wakil pemain itu, Rafinha mahu melihat terlebih dahulu bagaimana perkembangan beliau bersama Inter (adakah Inter akan menebus klausa pelepasan) selain mahu menilai tawaran-tawaran daripada kelab ternama lain.

Menurut Sport, Arsenal kini turut berada senarai pasukan yang dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain tengah berusia 25 tahun ini.

Rafinha turut mempunyai klausa pelepasan bernilai ataupun berjumlah €35 juta (£31 juta) dan kontrak beliau bersama Barcelona bakal berakhir pada tahun 2020.

Laporan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan nilai tawaran yang dilakukan Arsenal dan dipercayai bahawa Arsenal sekadar membuat pertanyaan umum mengenai pemain tersebut terhadap Barcelona.

Baik Arsenal mahupun West Ham, kedua-dua pasukan terpaksa menunggu keputusan Rafinha yang lebih berminat untuk kekal bersama Inter Milan.

Post a Comment

Previous Post Next Post