Rusia guna Robbie Williams redakan hubungan

Robbie Williams  bakal bergandingan bersama artis soprano Rusia, Aida Garifullina. Kredit Foto : BBC.

Bintang pop British, Robbie Williams akan membuat persembahan pada upacara pembukaan Piala Dunia 2018 di Moscow, Khamis ini selepas dua tahun media Rusia mahukan beliau 'digantung' daripada membuat persembahan di Rusia.


Penyanyi yang memenangi pelbagai anugerah dan terkenal dengan lagunya, 'Angels', akan bernyanyi bersama artis soprano Rusia, Aida Garifullina sebelum perlawanan membabitkan Rusia dan Arab Saudi di Stadium Luzhniki, Moscow.

Lagu Williams seperti 'Party Like a Russian' dua tahun lalu mencetus kontroversi di Rusia kerana menggalakkan stereotaip mengenai negara berkenaan.

Dan seterusnya mencetuskan gerakan daripada media Rusia untuk menghalang beliau daripada melakukan sebarang persembahan di negara tersebut dua tahun lalu.


Party Like a Russian dikatakan mengandungi lirik yang menyentuh pemimpin yang “mengambil wang dari seluruh negara, membuat perubahan yang sedikit dan membina stesen angkasa sendiri.”

Bagaimanapun, Williams memberitahu peminatnya di laman Twitter ketika lagu berkenaan dilancarkan bahawa ianya tidak semestinya mempunyai kaitan dengan Presiden Rusia ketika itu malahan beliau turut menafikan ianya mempunyai kaitan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Penyanyi berusia 44 tahun itu dalam satu kenyataan, hari ini berkata membuat persembahan di Piala Dunia sebagai impian semenjak kanak-kanak dan ia pasti akan menjadi satu persembahan yang tidak boleh dilupakan beliau.
Williams memberitahu Andrei Malakhov, yang juga penyampai rancangan bual bicara “Pust Govoryat” atau “Let Them Talk”: “Saya mahu mewakili Rusia di Eurovision. Ayuh Rusia, kita boleh menang.”

Bekas penyerang Brazil, Ronaldo yang dikenali sebagai “O Fenomeno” juga akan mengambil bahagian daripada upacara berkenaan, kata FIFA.

Sebelum ini, hubungan diplomatik diantara Britain dan Rusia tegang ekoran pembunuhan 'double agent' di Britain.

Pihak Britain menuduh pihak Rusia melakukan pembunuhan kepada bekas ejen Rusia yang kini bekerja bersama pihak Britain.

Namun perkara tersebut dinafikan pihak Rusia.

Post a Comment

Previous Post Next Post