Arsenal buat pertanyaan mengenai pertahanan muda Perancis.

Arsenal 'risik' pertahanan muda Perancis. Kredit Foto : GoFootballNews

Arsenal dilaporkan telah membuat pertanyaan untuk menandatangani pemain pertahanan muda kebangsaan Perancis dan memantau situasi pemain tersebut.


Benjamin Pavard menyertai VfB Stuttgart dari Lille pada 2016 dengan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama kelab Jerman itu.

Dan pada Disember lalu (2017) beliau menandatangani pembaharuan kontrak bersama kelab tersebut yang menyaksikan kontrak beliau bakal berakhir tahun 2021.

Menariknya mengenai pemain berusia 22 tahun ini adalah dimana beliau telah bermain setiap minit dan setiap perlawanan Bundesliga musim lalu (2017/18).

Rekod Penampilan Musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Kad Kuning Minit Permainan
1.Bundesliga 34 1 - 2 3,060'
DFB-Pokal 2 - - - 210'
JUMLAH 36 1 - 2 3,270'
90 minit x 34 perlawanan = 3,060 minit.

Walaupun beraksi pada posisi pertahanan tengah, Pavard juga mampu beraksi pada posisi lain seperti pertahanan kanan, tengah kanan dan juga tengah bertahan (defensive midfielder):

Rekod Penampilan Mengikut Posisi
Posisi Penampilan Gol Bantuan Gol
Centre-Back 28 1 -
Right-Back 4 - -
Right Midfield 2 - -
Defensive Midfield 2 - -
JUMLAH 36 1 -


Dan ini memberikan kelebihan buat Arsenal jika mampu mendapatkan ataupun menandatangani pemain kebangsaan Perancis ini yang turut disenaraikan oleh  Didier Deschamps dalam skuad 23 pemain Perancis ke Piala Dunia 2018.

Skuad 23 pemain kebangsaan Perancis yang bakal menggalaskan tanggungjawab di Kejohanan Piala Dunia Rusia 2018.
Menurut akhbar Perancis, L'Equipe, Arsenal dikatakan telah membuat pertanyaan mengenai peluang (prospek) yang ada untuk menandatangani Pavard awal tahun ini.

Namun, bukan sahaja Arsenal yang dilaporkan berminat, malahan beberapa kelab ternama Eropah turut dikaitkan untuk mendapatkan pemain ini.

Kelab Perancis, Marseille menerusi Pengarah Bolasepak mereka, Andoni Zubizarreta turut dilaporkan sedang memantau perkembangan pemain ini dan dikatakan telah membuat pertanyaan kepada Stuttgart.

Napoli turut dilaporkan telah mengkaji profil pemain ini dan turut membuat pertanyaan mengenai Pavard.

Ketiga-tiga kelab ini sedang memantau dan meletakkan perhatian yang tinggi terhadap situasi dan perkembangan terkini pemain pertahanan muda ini.

Bagaimanapun, laporan itu mendakwa bahawa Borussia Dortmund mendahului ketiga-tiga kelab tersebut dalam mendapatkan pemain kebangsaan Perancis ini.

Dortmund dikatakan terdesak untuk mencari pemain pertahanan baru pada musim panas ini sebagai pengganti kepada Sokratis Papastathopoulos, yang dijangkakan akan menyertai Arsenal.

Selain Pavard, Dortmund turut mensasarkan pemain pertahanan Mainz, Abdou Diallo sebagai sasaran mereka.

Petikan laporan L'Equipe
Laporan itu turut melaporkan dimana Dortmund telah pun mengadakan perbincangan bersama ejen Pavard dan Pengarah Sukan Stuttgart, Michael Reschke mengenai pertahanan itu.

Namun, Reschke dikatakan tidak begitu berminat melakukan urus niaga bersama Dortmund dan sebarang pendekatan untuk mendapatkan Pavard melainkan mereka (kelab-kelab yang berminat) mampu memenuhi tuntutan Stuttgart yang meminta sekurang-kurangnya €50 juta (£44 juta) bagi mendapatkan pemain tersebut.

Pendapat penulis, laporan ini turut mengesahkan dimana Sokratis Papastathopoulos bakal menyertai Arsenal adalah begitu tinggi dan mungkin terjadi (menjadi kenyataan sertai Arsenal).

Post a Comment

Previous Post Next Post