Mampukah Ozil bersinar dibawah Emery ataupun beliau bakal dijual?

Mampukah Ozil bersinar dibawah Emery ataupun beliau bakal dijual? Kredit foto: Telegraph

Bulan lalu, sebelum Unai Emery sah dilantik menjadi pengendali baharu Arsenal, beliau telah ditemubual oleh wartawan terkenal Sepanyol, Marti Perarnau dalam membicarakan tugas Emery ketika bersama Paris Saint-Germain (PSG).



Temubual tersebut turut berkisarkan bagaimana Emery akan mengendalikan tugas selaku Ketua Jurulatih Arsenal serta merungkaikan taktikal dan bagaimana pengendali baharu Arsenal ini melatih dan membentuk pasukan yang mempunyai nama-nama besar didalam arena bolasepak.

Marti Perarnau terkenal dengan buku yang diterbitkan beliau mengenai Pep Guardiola. Kredit foto :City Watch
Ketika mengulas mengenai kesukaran beliau menguruskan kumpulan pemain bergelar 'bintang' dan mempunyai ego di PSG, pengendali baharu Arsenal itu secara dua kali telah menyatakan kekaguman beliau dengan cara Pep Guardiola menangani kelompok pemain sedemikian ketika bersama Barcelona.

Walaupun beliau menganggap dan melebelkan cara Guadiola itu sebagai kejam dengan bertindak menyingkirkan beberapa bintang paling terkenal di Barcelona selepas mengambil alih kelab itu pada 2008, namun ianya sangat berkesan untuk keharmonian dan kejayaan pasukan.

Guadiola pernah menyingkirkan bintang terkenal Barcelona seperti Deco, Ronaldinho dan juga Zlatan Ibrahim  ketika pemain-pemain tersebut mencetuskan suasana tidak harmoni didalam pasukan kerana keegoan yang timbul sebagai pemain terkenal dikalangan pemain tersebut.

"Coaching (Lionel) Messi, (Cristiano) Ronaldo or Neymar is not easy. They are the best in world so that is a lot to take in. You have to adapt yourself to them. Look at Guardiola at City. He is lucky because he doesn't have a major figure like that to be faced with. There are big players who become one when it really matters. And when it comes to taking radical decisions, Pep took them. For example, by getting rid of Deco, Ronaldinho, or (Zlatan) Ibrahimovic when the latter had issues with Messi. By doing this, he is avoiding serious problems." - Unai Emery.

Emery, seorang pengendali pasukan yang memenangi tujuh piala domestik dalam tempoh dua tahun bersama PSG, sekali lagi menyebut mengenai ciri-ciri kehebatan yang ada pada Guardiola apabila mengulas mengenai kekurangan yang ada pada beliau ketika ini (selaku pengurus dan pengendali pasukan).

Beliau turut menjelaskan bahawa beliau mahu mencipta keunikan dan kehebatan tersendiri dalam mengendalikan serta membawa kejayaan kepada pasukan yang dibimbing beliau.

"Sometimes, you need to do what Guardiola did when he got rid of Deco, Ronaldinho, and Ibrahimovic. Afterwards, Zlatan and his agent got into an argument with Pep? Ok, but they got rid of him, and they got rid of the obstacle preventing them from completing their masterpiece. Pep is a coach who makes masterpieces. What am I missing? Making my masterpieces, real masterpieces. And making them my own."

Sekiranya pengajaran yang mahu diambil Emery mengenai bagaimana cara menangani pemain-pemain bintang, sudah tentu cara yang diamalkan oleh Guadiola ketika menangani pemain-pemain bintang satu ketika dahulu menjadi panduan terbaik buat beliau untuk mengendalikan Arsenal kelak.



MESUT OZIL

Ozil merupakan antara pemain Arsenal berstatus bintang yang sering dikritik dan dilabelkan sebagai pemalas dalam beberapa aksi kebelakangan ini.

Memahami taktikal Emery sebagai mana diulas sebelum ini, Emery jelas memfokuskan mengenai possession dan juga pressing yang memerlukan kesemua pemain mempamerkan disiplin yang tinggi baik ketika menyerang mahupun ketika bertahan.

Baca falsafah bolasepak dan taktikal Unai Emery disini:
Dalam sidang media pertama Emery setelah dilantik menjadi pengendali baharu Arsenal, walaupun bahasa Inggerisnya tidaklah begitu lancar namun beliau masih mampu menyampaikan dengan jelas bagaimana falsafah bolasepak beliau yang akan diterapkan nanti bersama Arsenal.

"Saya rasa sejarah di sini menunjukkan Arsenal adalah sebuah pasukan yang suka bermain dengan memiliki bola (possesion)." jelas Emery. 

"Saya suka ciri-ciri ini, saya suka bermain dengan bola, jika anda tidak memilikinya, saya mahu skuad yang sangat... sangat intensif dengan menekan (pressing). Dua perkara yang sangat penting untuk menjadi protagonis: memiliki dan menekan apabila anda tidak mempunyai bola. "

*Protagonis merupakan watak utama dalam sesebuah kesusasteraan atau drama yang memegang peranan khas dalam kisahnya. Secara alternatif, frasa ini menunjukkan peranan utama untuk satu-satu sebab atau gerakan. 

Tiga pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester City, Tottenham dan Liverpool masing-masing menunjukkan bagaimana corak 'pressing' yang 'tersendiri' diamalkan mereka menjadi kunci kepada kejayaan dalam saingan liga musim lalu.



Berbeza dengan pendekatan yang diamalkan oleh Arsene Wenger, kita dapat melihat bagaimana pemain seperti Mesut Ozil dan juga Alexis Sanchez hanya 'mampu mengangkat tangan ke udara' bagi menunjukkan rasa kecewa setiap kali hantaran yang cuba dilakukan ataupun usaha mereka menemui kegagalan dengan kehilangan bola.

Pemain-pemain ini jelas tidak berusaha untuk memenangi kembali bola tersebut (selepas kehilangan bola) dan disini menjelaskan mengapa pembaharuan yang bakal dituntut oleh Emery terhadap pemain-pemain Arsenal.

Dengan Sanchez tidak lagi menjadi pemain Arsenal, sudah tentu kita semua memfokuskan kepada Ozil. 

Namun ianya tidak bermakna hanya Ozil seorang sahaja yang bakal menjadi perhatian dibawah taktikal kendalian Emery nanti, boleh dikatakan kesemua pemain bakal menerima arahan taktikal baru daripada Emery.

Pun begitu, setelah Emery menjelaskan bagaimana beliau mahu Arsenal beraksi musim depan (falsafah bolasepak beliau), dengan menerapkan possession dan pressing, ramai peminat dan penyokong Arsenal mengganggap Ozil tidak sesuai untuk beraksi dibawah kendalian Unai Emery nanti.

Mesut Ozil, ketika Arsenal beraksi cemerlang tidak dapat dinafikan sumbangan beliau dan kadang-kalanya aksi beliau sedikit pun tidak mendapat perhatian serta pengkritik juga tidak menghiraukan prestasi beliau.

Bagaimanapun ketika Arsenal teruk ditekan dan beraksi hambar, Ozil bukanlah pemain yang mampu memberi impak kepada pasukan dan tidak hairanlah kenapa beliau sering kali menjadi mangsa kritikan.

Dalam situasi Arsenal teruk ditekan, sememangnya Arsenal memerlukan seorang pemain yang rajin memenangi kembali bola dan Ozil bukanlah pemain yang mampu memberikan peranan seumpama itu.

Melainkan Ozil dibawah kendalian Emery mampu memberi sesuatu yang diharapkan oleh pengendali baru Arsenal ini.

Jika tidak (Ozil gagal menyesuaikan diri dalam taktikal Emery), dengan peruntukan perpindahan £50 juta sebagaimana dilaporkan media, Emery mungkin patut mempertimbangkan penjualan Ozil pada jendela perpindahan kedua musim depan (Januari 2019).


Post a Comment

Previous Post Next Post