Arsenal destinasi pemain yang bernilai €60 juta mengikut sumber terdekat dengan pemain tersebut.

Arsenal destinasi pemain yang bernilai  €60 juta mengikut orang terdekat dengan pemain tersebut. Kredit Foto : Goal

Pemain sayap Porto, Yacine Brahimi menjadi topik utama pada paparan muka depan akhbar sukan Ataque semalam dan cerita itu jelas mengenai kemungkinan pemindahan pemain tersebut.


Akhbar itu melaporkan bahawa pemain tersebut merupakan satu-satunya pemain yang mana pihak Porto terbuka untuk berunding mengenai prospek perpindahan musim panas ini berikutan kontrak pemain tersebut bakal tamat pada tahun depan dan kelab itu hanya memiliki 50% hak terhadap Brahimi.

Pada 24 Julai 2014, Porto menjual 80% hak ekonomi kepada Doyen Sports dengan nilai € 5 juta dan urus niaga tersebut menjadikan Porto memperolehi sebanyak 20% hak ekonomi pemain itu dengan jumlah sebanyak € 1.5 juta.

Dan pada 26 Jun 2015, Porto membeli kembali hak ekonomi sebanyak 30% daripada Doyen dengan nilai sebanyak € 3.8 juta untuk menjadikan Porto kini memiliki sebanyak 50% hak keatas Brahimi bersama Doyen Sports.

Jika Porto menawarkan kontrak baru kepada Brahimi, mereka hanya akan menerima separuh sahaja daripada hasil jualan pemain tersebut dan dianggap satu tindakan yang kurang berbaloi dari sudut pelaburan berbanding melepaskan pemain tersebut pada musim panas ini yang mana ianya tidak mengeluarkan dana tambahan.

Oleh demikian, Porto yang dikenali dengan gelaran Dragons sedia mendengar mana-mana tawaran yang datang untuk pemain kelahiran Perancis ini yang kini menjadi pemain kebangsaan Algeria.



Yacine Brahimi boleh dilepaskan ataupun dijual lebih rendah (kurang) daripada daripada klausa pelepasan yang dimiliki pemain tersebut yang berjumlah € 60 juta mengikut laporan Ataque.


Menurut laporan Ataque, mereka mendakwa bahawa Brahimi telah dikaitkan dengan kelab Itali, AS Roma namun menurut sumber yang rapat dengan pemain itu, Brahimi dikatakan mahu pindah ke England dengan menyatakan Arsenal merupakan pasukan yang menjadi destinasi pemain tersebut.

Sebelum ini, Brahimi turut dikaitkan dengan beberapa kelab Inggeris seperti  Everton, West Ham dan Tottenham yang dilaporkan mengikuti perkembangan pemain ini secara rapat.

Namun tidak dapat dipastikan adakah Arsenal benar-benar berminat untuk mendapatkan pemain sayap kiri Porto ini yang mana kontrak bersama Porto bakal berakhir pada Jun 2019 ataupun pemain ini sendiri benar-benar mahu menyertai Arsenal.

Rekod Penampilan Musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
Liga Portugal 33 9 7
UEFA Champions League 7 1 1
Taça de Portugal Placard 5 1 1
Taça CTT 4 1 1
JUMLAH 49 12 10

Rekod Penampilan Mengikut Posisi
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
Left Wing 39 11 10
Left Midfield 10 1 -
JUMLAH 49 12 10

Post a Comment

Previous Post Next Post