Arsenal kelab pertama yang berminat terhadap bintang Rusia

Arsenal kelab pertama yang berminat terhadap bintang Rusia. Kredit foto : The Sun

Pemain tengah CSKA Moscow, Aleksandr Golovin menjadi pemain yang disebut-sebut ketika Rusia mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas Arab Saudi pada aksi pembukaan Piala Dunia 2018.

Pemain berusia 22 tahun itu berjaya menghasilkan dua bantuan gol dan menjaringkan gol kelima Rusia ketika menentang Arab Saudi di Stadium Luzhniki di Moscow, Khamis lalu.

Beliau juga berjaya mempamerkan aksi yang cukup cemerlang dan memberangsangkan ketika bersama kelabnya musim lalu (2017/18) sehinggakan khidmat beliau mula menarik minat dan tumpuan kelab-kelab ternama di seluruh Eropah.

Media Sepanyol, Mundo Deportivo dalam laporan mereka semalam, mendakwa bahawa Arsenal merupakan kelab pertama yang dikatakan 'sangat berminat' dalam menandatangani Golovin pada musim panas ini.

Arsenal sebelum ini pernah memiliki pemain sayap dari Rusia iaitu Andrey Arshavin dan laporan itu mengatakan Arsenal berminat untuk membawa rakan senegaranya ke Emirates.

Mereka juga melaporkan dimana Arsene Wenger adalah peminat Golovin dan pendedahan ejen pemain tersebut yang mendakwa Wenger telah menyatakan hasratnya untuk menandatangani pemain antarabangsa Rusia itu.

Petikan laporan Mundo Deportivo.
Namun Wenger telah pun meletak jawatan sebagai pengurus Arsenal pada akhir musim lalu dan telah digantikan oleh Unai Emery.

Dan laporan itu turut mendakwa bahawa mereka tidak mengetahui apakah yang difikirkan (perancangan) oleh pengendali kelahiran Sepanyol (Unai Emery) terhadap Golovin.

Arsenal kelab pertama yang berminat untuk mendapatkan Golovin menurut laporan Mundo Deportivo.

El Arsenal, que ya tuvo en sus filas al ruso Arshavin, fue el primer club que se interesó seriamente en su adquisición por deseo expreso de Arsène Wenger. También fue ofrecido al Barça, con Robert Fer n á ndez aún de secretario técnico, por un reconocido agente de origen georgiano que trabaja en el fútbol ruso. Pero es la Juventus, por medio de Fabio Paratici, quien ha apostado y acertado por él.

-- Mundo Deportivo

Selain itu, Mundo Deportivo juga menyatakan dimana seorang ejen yang berasal dari Georgia yang bekerja dalam arena bolasepak Rusia turut menawarkan Golovin ke Barcelona.

Pada November 2017, ejen pemain tersebut, Sandor Varga pernah menceritakan mengenai minat yang ditunjukkan oleh Asenal dan juga kaitan Golovin dengan Barcelona dalam tembual yang disiarkan oleh media Rusia, Sport Express.

Ditanya mengenai minat yang ditunjukkan Barcelona, Varga berkata: 

"Mengapa tidak? Saya melihat potensi yang besar dalam dirinya. Musim panas ini, saya melihat Alexander lebih kepada permintaan Arsène Wenger."

"Apabila kelab-kelab sedemikian mengikuti perkembangan pemain, ini bermakna ada sesuatu di sana. Perkhidmatan pemantau (scout), mereka tidak hanya menyaksikan pemain ini secara suka-suka. "

Mengenai potensi berpindah ke Arsenal, Varga berkata: 

"Ia bergantung kepada pengurus. Saya mempunyai kepercayaan penuh terhadap Wenger. Sekiranya Sasha (nama samaran Rusia untuk Alexander) dapat bermain di bawahnya, dia sangat bertuah."

Post a Comment

Previous Post Next Post