Mampukah Arsenal dapatkan Bernd Leno

Mampukah Arsenal dapatkan Bernd Leno. Kredit foto : 90min

Saluran TV dan media Turki, A Spor mendedahkan kelab Turki iaitu Fenerbahce masih berminat untuk menandatangani penjaga gol Arsenal, David Ospina dengan perbincangan antara kedua-dua kelab itu masih di teruskan.


Sebelum ini, pada pertengahan bulan Mei, Fotomac (media Turki) pernah melaporkan dimana  gergasi Turki itu berminat untuk mendapatkan penjaga gol Arsenal walaupun telah berjaya memiliki penjaga Malaga, Carlos Kameni.

Dengan perkembangan terkini yang menyaksikan Arsenal begitu berminat untuk menandatangani penjaga gol Bayern Leverkusen, Bernd Leno, masa depan penjaga gol kebangsaan Colombia itu dilihat bakal berakhir di Emirates pada jendela perpindahan musim panas ini.
Ospina dijangka dilepaskan Arsenal bagi mendapatkan penjaga gol baru, Bernd Leno. Kredit foto : Daily Star.
A Spor percaya Fenerbahce merupakan destinasi terbaru buat David Ospina pada musim depan.

Namun pihak Fenerbachce terlebih dahulu perlu memutuskan masa depan penjaga gol mereka iaitu, Valkan Demirel sebelum membuat sebarang keputusan mengenai membawa masuk David Ospina.

Valkan Demirel, 36 tahun mula mewakili Fenerbahce pada tahun 2002 sehingga sekarang (2018). Kredit foto : The Apricity
Kontrak penjaga gol veteran Fenerbahce itu bakal berakhir pada penghujung bulan ini (Jun 2018) dan jika mereka memutuskan untuk tidak mengekalkan penjaga gol veteran itu, maka kemungkinan besar untuk membawa Ospina juga tinggi.

Dengan Ospina kini bersama skuad kebangsaan Colombia menghadapi saingan Piala Dunia, sebarang keputusan untuk menyaksikan perpindahan ini dijangka dilakukan selepas berakhirnya saingan Piala Dunia di Rusia nanti.

Dan secara logiknya, jika Arsenal benar-benar mahu membawa penjaga gol baru, sudah tentu salah seorang penjaga gol sedia ada Arsenal ketika ini perlu dilepaskan.

Senarai penjaga gol skuad utama Arsenal musim 2017/18
Rank Nama Premier League FA Cup EFL Cup Europa League Community Shield Jumlah
1 Petr Čech 11 0 0 1 0 12
2 David Ospina 2 0 2 4 0 8
3 Matt Macey 0 0 0 1 0 1
4 Emiliano Martínez Dipinjam ke Getafe pada 2 Ogos 2017 dan berakhir pada 30 Jun 2018
JUMLAH 13 0 2 6 0 21

Post a Comment

Previous Post Next Post