Arsenal dikaitkan dengan pertahanan Mexico, Miguel Layun.

Pertahanan Mexico, Miguel Layun dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal.
Sebelum ini, media Portugal melaporkan bahawa pertahanan Mexico yang juga pemain Porto mendapat perhatian kelab Inggeris iaitu West Ham.



Namun dalam perkembangan terkini, Layun (29 tahun) yang dipinjamkan ke Sevilla daripada Porto dikatakan menjadi sasaran Arsenal, Marseille dan AC Milan.

Beliau ketika ini bersama skuad kebangsaan Mexico dan bermain dengan cemerlang untuk negaranya dalam Kejohanan Piala Dunia pertama buat dirinya.

Statistik dan rekod penampilan Layun pada kejoahanan Piala Dunia 2018 (setakat ini).
Dan kecemerlangan beliau itu memberikan harapan kepada Porto untuk menuai hasil pelaburan yang baik jika mampu menjual pemain yang dibawa masuk daripada Watford pada tahun 2016 dengan nilai perpindahan berjumlah €6 juta (kira-kira 5 juta pounds).

Layun ketika ini dianggarkan bernilai £9 juta, bagaimana Sevilla mempunyai pilihan untuk mendapatkan pemain tersebut dengan nilai sebanyak €6 juta (£5 juta) setelah kontrak pinjaman pemain tersebut memberikan pilihan kepada kelap Sepanyol itu untuk membeli Layun dengan nilai tersebut.

Semalam, media Portugal (A Bola) sekali lagi memaparkan kisah perpindahan yang mengaitkan pemain ini.

Jika sebelum ini, mereka mengatakan West Ham, namun kali ini mereka mengatakan Arsenal turut berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan kanan yang juga mampu beraksi pada pertahanan kiri.


Selain media Portugal, media Itali turut melaporkan perkara sama iaitu minat yang ditunjukkan Arsenal terhadap pemain itu.

Namun, cerita perpindahan ini boleh dikatakan tidak mempunyai asas yang kukuh memandangkan Arsenal sudah pun mendapatkan pertahanan kanan, selain Sevilla mempunyai pilihan (kontrak) untuk menandatangani pemain tersebut sebagaimana terkandung dalam kontrak pinjaman diantara dua kelab itu.

Pun begitu, seandainya Arsenal benar-benar berhasrat untuk mendapatkan pemain ini, sudah tentu kelab terpaksa melepaskan (menjual) pemain sedia ada sekarang.

Post a Comment

Previous Post Next Post