Gelson Martins buat permintaan untuk pertimbangan Arsenal bagi mendapatkan beliau

Pergolakan yang melanda kelab Sporting ketika ini menyaksikan beberapa pemain utama mereka bertindak menamatkan kontrak bersama kelab itu.



Selepas kapten mereka, William Carvalho menamatkan kontrak bersama Sporting,  Gelson Martins, Bruno Fernandes dan Rui Patrício antara yang turut mengikuti jejak langkah untuk menamatkan kontrak mereka bersama kelab tersebut.
Gelson Martins yang menjadi ejen bebas ketika ini dilaporkan mahu kelab yang mengambil ataupun mendapatkan khidmat beliau untuk menampung sebarang bayaran yang mungkin dikenakan oleh Sporting Lisbon ekoran penamatan kontrak beliau bersama kelab itu.

Beliau merupakah salah seorang daripada enam pemain yang bertindak menamatkan kontrak bersama gergasi Lisbon berikutan serangan oleh peminat di tempat latihan mereka bulan lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu menggunakan alasan  'sebab yang adil - just cause'  bagi menamatkan ataupun membatalkan kontrak bersama Sporting selepas mendapatkan pandangan dan nasihat peguam sebelum memutuskan tindakan tersebut.

Akhbar Itali, Corriere dello Sport melaporkan bahawa Martins menyedari dengan sebarang kemungkinan buat Sporting mungkin diberikan ganti rugi jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Dan ekoran itu, beliau mahukan mana-mana kelab termasuklah Arsenal yang inginkan khidmat beliau memberi jaminan untuk menampung sebarang kos pampasan kepada Sporting seandainya hal berkenaan terjadi.

Sporting dilaporkan mampu menuntut berjuta-juta daripada tindakan Martins yang membatalkan kontrak, dengan beliau (Martin) mempunyai klausa pelepasan berjumlah £53 juta bersama kelab itu berdasarkan kontrak yang ditandatangani sebelum ini.



Selain meminta jaminan untuk kelab baru menampung sebarang kos pampasan tersebut, Martin juga dilaporkan meminta gaji yang dikatakan tinggi setelah menyaksikan saingan Arsenal, Lazio gagal memenuhi tuntutan gaji yang dibuat beliau itu.

Lazio dilaporkan tidak mampu untuk membayar gaji melebihi apa yang dibayar mereka kepada Felipe Anderson iaitu £ 2.2 juta (€ 2.5juta) setahun, pemain yang bakal digantikan dengan Martins.

Dan ini mungkin memberi kelebihan kepada Arsenal selepas Lazio menarik diri daripada cubaan menandatangani Martins.

Namun Arsenal juga harus membayar komisen yang besar kepada mana-mana agen yang terlibat dalam perjanjian itu.

Selain Arsenal dan Lazio, Benfica juga dilaporkan serius untuk menandatangani Martins menjelang kempen 2018/19.

Walau bagaimanapun, Corriere dello Sport tidak mengatakan sama ada Arsenal ataupun Benfica telah mengikuti Lazio dalam membuat rundingan bersama pemain tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post