Granit Xhaka dan Xhedan Shaqiri berdepan hukuman FIFA

Pada pertembungan diantara Switzerland menentang Serbia yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada Switzerland dengan keputusan 2-1 Sabtu lalu, penjaring skuad Switzerland mungkin dikenakan tindakan daripada FIFA.



Granit Xhaka dan Xhedan Shaqiri meraikan gol Switzerland dengan membuat simbol kelihatan seperti helang berkepala dua (Albania) yang mungkin boleh menimbulkan ketegangan di kalangan nasionalis Serbia dan etnik Albania. 

Albanian Eagle (Helang Albania).

Shaqiri dan Xhaka, kedua-duanya merupakan warisan etnik Albania dengan ibu bapa Xhaka berasal dari Kosovo dan warisan Albania.

Manakala Shaqiri pula lahir di Kosovo, bekas wilayah Serbia yang telah mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 2008 tetapi Serbia tidak mengakui kemerdekaan Kosovo menyebabkan hubungan tegang diantara kedua-dua negara itu kekal sehingga ke hari ini.

Peta negara Albania.
Semasa perang Kosovo yang tercetus diantara pihak Kosovo Liberation Army (KLA) yang disokong oleh Albania dan NATO, menentang Serbia and Montenegro (dahulunya dikenali Republik Yugoslavia) dipenghujung tahun 1998 dan berlarutan sehingga pertengahan tahun 1999, kebanyakkan penduduk berketurunan (etnik) Kosovo berpindah ke Switzerland.

Peta negara Kosovo.
Dianggarkan lebih 250,000 orang Kosovo dan Albania berpindah dan tinggal di Switzerland ketika ini,  kesan daripada peperangan tersebut (sebelum dan selepas peperangan).

Peta Yugoslavia (dan pecahan negara).

Menurut laporan BBC, kedua-dua pemain Switzerland (Granit Xhaka dan Xhedan Shaqiri ) mungkin dikenakan tindakan disiplin (tatatertib) dan hukuman ekoran sambutan meraikan gol yang dilakukan mereka.


Laporan tersebut mengatakan, FIFA sedang menyiasat sama ada mereka berdua melanggar peraturan mengenai mesej berbaur politik dan menyinggung perasaan dengan simbol yang digayakan mereka itu.

Simbol yang dikatakan bersifat provokatif.
Di bawah artikel 54, kod tatatertib FIFA, sesiapa yang menimbulkan ataupun melakukan provokasi secara general semasa kejohanan berlangsung (perlawanan) akan digantung selama dua perlawanan dan dikenakan denda sebanyak (minimum) 5,000 franc Swiss (£ 3,800).

FIFA juga dilaporkan bakal memanggil pakar bagi mengkaji dan menjelaskan mengenai gaya yang dilakukan oleh kedua-dua penjaring Switzerland itu sama ada ianya bersifat dan boleh dikategorikan sebagai provokasi.

Jika disabit kesalahan, Xhaka dan Shaqiri bakal terlepas aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan perlawanan seterusnya jika Switzerland layak.

Kedudukan Kumpulan E
Pos Team P M S K J B +/- Mata
1 Brazil 2 1 1 0 3 1 +2 4
2 Switzerland 2 1 1 0 3 2 +1 4
3 Serbia 2 1 0 1 2 2 0 3
4 Costa Rica (E) 2 0 0 2 0 3 −3 0

Serbia bakal berdepan Brazil pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan Switzerland pula bakal menentang Costa Rica yang telah pun terkeluar daripada saingan peringkat kumpulan.

Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 27 Jun ini.

Bendera negara Albania.


Post a Comment

Previous Post Next Post