Arsenal, Everton dan West Ham tunjuk minat beli Hector Herrera

Arsenal, Everton dan West Ham tunjuk minat beli Hector Herrera. Kredit foto : Sporting News

Kejohanan Piala Dunia 2018 yang sedang berlangsung ketika ini memberikan impak yang sangat luar biasa bagaimana seseorang pemain itu dapat 'mengubah' pasaran perpindahan musim panas ini.

Beberapa bulan lalu, berita mengenai pemain tengah Porto, Hector Herrera bukanlah satu tarikan dan bahan (tajuk) utama bagi akhbar dan media Portugal, namun kini nama pemain itu secara tiba-tiba menjadi perhatian.

Sebelum ini, pemain berusia 28 tahun itu hanya dikaitkan dengan beberapa kelab pertengahan liga dari Sepanyol namun kini, setelah berjaya mempamerkan aksi yang menakjubkan bersama Mexico di Kejohanan Piala Dunia, beliau dikatakan berjaya menarik minat gergasi La Liga iaitu Real Madrid untuk menandatanganinya.

Jika dua hari lalu, media Portugal melaporkan bahawa kebanyakkan pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini datangnya dari Sepanyol, namun dalam laporan terkini yang dikeluarkan oleh Correio da Manha, mereka mendakwa kelab Inggeris turut berminat untuk menandatangani pemain tengah Porto ini.

Correio da Manha mendakwa tiga kelab Inggeris, Arsenal, Everton dan West Ham masing-masing mempunyai 'tanda-tanda yang menunjukkan' bahawa mereka juga mempunyai keinginan untuk mendapatkan Herrera pada musim panas ini. 

Laporan Correio da Manha mengenai Arsenal turut dikatakan berminat mendapatkan Herrera.
Manakala, AS Roma merupakan satu-satunya kelab Itali yang dikatakan berminat untuk menyertai perebutan mendapatkan pemain itu.

Além dos dois emblemas espanhóis, clubes como a Roma (Itália) e o Arsenal, Everton e West Ham (todos de Inglaterra) já deram sinais de poder vir a entrar na corrida pela contratação do jogador.
--  Correio da Manha

Terjemahan (kredit Google translate) : 
In addition to the two Spanish emblems, clubs such as Roma (Italy) and Arsenal, Everton and West Ham (all from England) have already shown signs of being able to enter the race to hire the player.

Kontrak Herrera bersama Porto bakal berakhir pada penghujung bulan Jun 2019 dan ketika ini rundingan pembaharuan kontrak dikatakan masih gagal menemui jalan penyelesaian diantara Herrera dan Porto.

Dan perkembangan itu menyaksikan Porto sedia melepaskan Herrera pada nilai (tawaran) sekurang-kurangnya €15 juta (£13 juta).

Walaupun kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Betis, namun akhbar O Jogo mendakwa bahawa Herrera masih terbuka untuk mempertimbangkan mana-mana peluang yang datang daripada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Herrera menyertai Porto pada tahun 2013 dari kelab Mexico, Pachuca dengan nilai perpindahan yang dianggarkan berlaku sekitar €8 juta.

Beliau merupakan pemain tengah (center midfielder) yang mampu beraksi pada posisi attacking midfielder dan juga defensive midfielder.

Rekod Herrera pada Kejohanan Piala Dunia 2018 (setakat ini).
Rekod penampilan musin 2017/18 bersama Porto
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
Liga NOS 29 3 5
UEFA Champions League 6 1 1
Taça de Portugal Placard 4 1 -
Taça CTT 3 - 1
JUMLAH 42 5 7

Post a Comment

Previous Post Next Post