Media Jerman perjelaskan isu Arsenal dan Max Meyer yang bakal menjadi ejen bebas

Media Jerman perjelaskan isu Arsenal dan Max Meyer. Kredit foto : Bild

Laporan Bild mendedahkan bahawa Max Meyer hanya mempunyai kira-kira tiga hari sahaja lagi untuk bergelar sebagai pemain Schalke. 

Bermula pada 1 Julai ini, pemain tengah itu boleh berpindah ke mana-mana kelab yang beliau mahu dan sudah pastinya pemain tersebut tidak akan kembali bersama kelab itu lagi.

Schalke pada penghujung musim lalu boleh dikatakan bertindak kejam terhadap Meyer apabila tidak menurunkan pemain itu dalam beberapa siri perlawanan terakhir liga sehingga menyaksikan pemain tersebut mengambil cuti.

Dan tidak menghairankan apabila pemain berusia 22 tahun itu tidak ingin memperbaharui kontraknya bersama Schalke berdasarkan layanan yang diterima oleh pemain itu daripada kelabnya.

Beliau pada permulaan musim lalu beraksi dengan cemerlang dan sering kali berada didalam kesebelasan utama Schalke.

Namun memasuki fasa kedua saingan liga, beliau mula menerima layan kejam Schalke apabila jarang diturunkan dan hanya berada dibangku simpanan.

Pada tiga perlawanan terakhir liga (perlawanan ketiga terakhir liga), beliau tidak disenaraikan dalam skuad dan dua perlawanan terakhir seterusnya menyaksikan beliau mengambil cuti khas dan menamatkan saingan musim itu dengan membuat 24 penampilan liga dan satu gol berjaya dijaringkan beliau.

Posisi Penampilan Gol Bantuan Gol
Defensive Midfield 18 1 -
Central Midfield 5 - -
Centre-Forward 1 - -
Attacking Midfield 1 - -

Dan tindakan kelab Jerman itu menjelaskan mengapa mereka seringkali kehilangan pemain dengan cara yang sama iaitu perpindahan secara percuma, namun itu merupakan cerita lain mengenai Schalke.

Laporan Bild menafikan mengenai minat pasukan yang ingin mendapatkan Meyer dengan bermula kelab AC Milan.

Menurun laporan itu, mereka mengatakan bahawa AC Milan tidak memerlukan Meyer dan tidak akan menandatangani pemain tersebut pada jendela perpindahan musim panas ini.

Manakala kelab Inggeris yang paling kuat dikaitkan dengan Meyer dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Arsenal turut dinafikan Bild.

Bild mengatakan bahawa itu hanyalah 'khabar angin' yang tiada asas walaupun mereka menafikan sebelum ini.

Arsenal kebelakangan ini banyak dikaitkan dengan pemain-pemain dari Liga Jerman setelah kemasukan Mislintat malahan sejarah Arsenal sendiri menunjukan ianya bukanlah perkara baru buat Arsenal dalam mendapatkan pemain dari Jerman.

Dan ianya juga tidak mengejutkan jika Arsenal benar-benar menandatangani Meyer, namun Bild tidak yakin bahawa Arsenal begitu serius dalam menandatangani Meyer.

Namun sedikit mengejutkan dimana Bild dilihat yakin dengan pasukan kelab dari Perancis iaitu Marseille yang disifatkan mereka merupakan pilihan terbaik Meyer ketika ini.

Mereka menjangkakan bahawa Meyer bakal ke Perancis dan bukannya ke England serta Bild dilihat seolah-olah gembira dengan perkembangan Meyer yang kurang dikaitkan dengan beberapa kelab ternama.

Adakah ini bermakna Meyer bakal menyertai Marseille musim depan?

Post a Comment

Previous Post Next Post