Unai Emery cuba pujuk bintang Piala Dunia sertai Arsenal, kelab punyai rancangan lain

Argentina layak ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2018 setelah mencapai kemenangan 2-1 ke atas Nigeria dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. 


Dan kemenangan tersebut merupakan kemenangan pertama Argentina pada Kejohanan Piala Dunia kali ini dan Argentina layak ke peringkat kedua selepas menghuni tangga kedua kumpulan (D) dengan mengumpul empat mata, hanya satu mata mengatasi Nigeria ditangga ketiga.


Bintang Barcelona, Lionel Messi membuka jaringan pada minit ke-14 dan pemain pertahanan Manchester United, Marcos Rojo pula menjaringkan gol kemenangan Argentina pada minit ke-86. 

Gol pembukaan perlawanan dan Argentina itu turut merupakan  gol pertama yang dijaringkan Messi pada kejohanan kali ini dan ianya adalah hasil daripada hantaran tepat dilakukan Ever Banega kepada Messi.

Argentina layak ke peringkat 16 pasukan terbaik selepas menduduki tangga kedua kumpulan D.
Sebelum ini, pemain tengah Sevilla itu beraksi sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika menentang Iceland dan tidak beraksi pada perlawanan yang menyaksikan Argentina mengalami kekalahan 3-0 kepada Croatia.

Namun pada perlawanan menentang Nigeria, Banega bermula dalam kesebelasan utama Argentina dan nyata beliau tidak mensia-siakan peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada beliau dengan membantu menghasilkan bantuan gol kepada Argentina yang disudahkan dengan sempurna oleh Messi.

Video hantaran tepat Banega kepada Messi yang menghasilkan gol buat Messi dan Argentina.
Banega telah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dan dikatakan beliau merupakan pemain yang disasarkan oleh pengendali baharu Arsenal, Unai Emery.

Pada 25 Jun lalu, Marca melaporkan bahawa Sevilla bimbang mengenai masa depan pemain tengah mereka itu yang dikatakan mampu menyertai Arsenal pada musim panas ini.

Namun Mundo Deportivo mendakwa kelab La Liga itu akan berusaha untuk mengekalkan Banega bersama mereka serta mahu menghalang prospek perpindahan Banega pada jendela perpindahan musim panas ini.

Sevilla dilaporkan mahu pemain kebangsaan Argentina itu 'mengetuai projek' yang bakal dilakukan oleh pengurus baru mereka, Pablo Machin.

Banega, 29 tahun mempunyai klausa pelepasan bernilai € 20 juta dalam kontraknya bersama Sevilla, sebelum ini dikatakan telah berunding dengan pihak Arsenal selain Emery dikatakan telah menghubungi beliau secara peribadi bagi memujuk beliau menyertai Arsenal.

Dan laporan Mundo Deportivo itu turut mendakwa bahawa Emery akan cuba 'menggoda' pemain tersebut dan meyakinkannya untuk meninggalkan Sevilla pada musim panas ini.


Bekas pemain Inter Milan itu dilaporkan tidak mahu memikirkan masa depan beliau (dengan kelab mana) ketika ini sebaliknya mahu menumpukan perhatian bersama skuad kebangsaan Argentina dalam menghadapi kejohanan Piala Dunia di Rusia.

Argentina bakal berdepan Perancis pada perlawanan peringkat kedua Piala Dunia 2018 Rusia.

Mampukah Emery memujuk Banega dan mampukah Sevilla mengekalkan pemain tersebut bersama mereka musim depan?

Post a Comment

Previous Post Next Post