Chelsea tolak tawaran € 20 juta Arsenal

Chelsea tolak tawaran € 20 juta Arsenal. Kredit foto :Daily Star

Chelsea tolak tawaran € 20 juta dari Arsenal untuk pemain mereka dengan The Gunners kini tidak pasti sama ada mahu melakukan ataupun membuat tawaran baru.

David Luiz, musim lalu disisihkan oleh Antonio Conte dan aksi beliau bersama Chelsea musim lalu juga mencerminkan dimana beliau tidak lagi diperlukan apabila hanya membuat 17 penampilan dalam kesemua pertandingan.

Rekod penampilan musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit Permainan
Premier League 10 1 - 839'
Champions League 4 1 - 327'
FA Cup 2 - - 210'
Community Shield 1 - - 90
JUMLAH 17 2 - 1,466'

Conte lebih gemar memilih dan menurunkan pemain seperti César Azpilicueta, Antonio Rudiger, Andreas Christensen dan Gary Cahill dalam kesebelasan utama Chelsea musim lalu dan perkembangan tersebut membuatkan masa depan pemain Brazil itu bagaikan tidak diperlukan lagi di Stamford Bridge.

Menurut laporan dari Perancis, Le10 Sport dalam laporan eksklusif yang diterbit hari ini, mereka mendakwa bahawa Arsenal berminat untuk menyelamatkan karier pemain tersebut daripada terus dihimpit mimpi buruk bersama The Blues apabila telah membuat tawaran berjumlah €20 juta (£17.5 juta) untuk pemain berusia 31 tahun itu.

Namun pihak Chelsea dilaporkan telah menolak tawaran yang dibuat oleh The Gunners itu.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada pihak Arsenal mahu kembali membuat tawaran tersebut (meningkatkan tawaran), namun media Perancis itu percaya dan tidak menolak kemungkinan untuk Arsenal sekali lagi melakukan bidaan terhadap David Luiz.

David Luiz pernah beraksi dibawah kendalian Unai Emery ketika berada di Paris Saint-Germain (PSG) sebelum dilepaskan kepada Chelsea dengan nilai perpindahan berjumlah £34 juta pada tahun 2016.

Selain mampu beraksi pada pertahanan tengah, David Luiz juga mampu beraksi pada posisi tengah bertahan (defensive midfield).

Posisi Penampilan Gol Bantuan Gol
Centre-Back 15 1 -
Defensive Midfield 2 1 -
JUMLAH 17 2 -

Post a Comment

Previous Post Next Post