Perkembangan Terkini Mengenai Perpindahan Melibatkan Arsenal

Perkembangan Terkini Mengenai Perpindahan Melibatkan Arsenal menurut laporan media Eropah.

Perkembangan perpindahan pemain mengikut laporan media Eropah.


Jumaat, 15 Jun

➽ Selesai Tawaran: Kontrak Baru Granit Xhaka

Granit Xhaka telah menandatangani kontrak jangka panjang baru bersama Arsenal sebagaimana ianya diumumkan oleh laman rasmi Arsenal.


Pemain tengah berusia 25 tahun yang merupakan sebahagian daripada skuad Piala Dunia Switzerland, beraksi dalam semua 38 perlawanan Liga Perdana musim lalu.

Jurulatih baru Arsenal, Unai Emery berkata di laman web kelab: 

"Saya gembira kerana Granit telah setuju memperbaharui kontraknya dengan kami. Dia adalah ahli skuad yang sangat penting dan masih muda, sudah tentu bakat dan kebolehan dia masih dapat dikembangkan lagi."

➽ Ujian Perubatan Lucas Torreira 


Arsenal dikatakan menghantar pasukan perubatan ke Rusia untuk melengkapkan perjanjian perpindahan Lucas Torreira, menurut laporan di Itali.

Torreira yang membuat penampilan pendek semasa Uruguay mencatat kemenangan tipis ketas Mesir semalam dilaporkan bakal menjadi pemain Arsenal dalam masa terdekat.

Pemain ini dijangka menandatangani kontrak untuk tempoh lima tahun bersama Arsenal dengan dikatakan bakal menerima gaji sebanyak £2.6 juta setahun selepas Arsenal bersetuju membayar yuran perpindahan sebanyak £ 26.19 juta kepada Sampdoria.

Pasukan perubatan Arsenal yang berada di Rusia dijangka menyelesaikan prosedur perubatan dan pemain ini akan diumumkan secara rasminya sebagai pemain Arsenal sebelum berakhirnya Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia, menurut SampNews24.



➽  Sokratis Papastathopoulos bakal di 'sailang'.


Arsenal dilaporkan bakal kehilangan Sokratis Papastathopoulos dengan Juventus sedia membuat tawaran kepada Borussia Dortmund dan pemain tersebut.

Arsenal dikatkan tidak sabar untuk melengkapkan perpindahan Papastathopoulos pada musim panas ini dengan Sven Mislintat terdesak untuk memperkuat skuad Unai Emery yang diwarisi dari Arsene Wenger.

Laporan meluas telah mencadangkan satu persetujuan telah dicapai buat pemain antarabangsa Greece itu untuk berpindah dari Signal Iduna Park ke Emirates.

Pengumuman pengesahan pemain tersebut menjadi milik Arsenal dikatakan bakal dilakukan pada bulan depan selepas Arsenal dilaporkan bersetuju untuk membantu Dortmund melengkapkan perjanjian tersebut pada kalendar fiskal Dortmund yang akan datang (Julai 2018).

Walau bagaimanapun, laporan di Itali mendakwa Juventus bakal melancarkan tawaran disaat akhir untuk 'merampas' Papastathopoulos dengan mereka (Juventus) dilihat terdesak untuk memperkuatkan barisan pertahanan mereka.

Menurut laman Tutto Mercato, barisan tertinggi Juventus dikatakan telah bertemu dengan ejen pemain tersebut, Antonios Apostolopoulos dan orang perantara Giacomo Petralito di Milan pada hari Jumaat (semalam).

➽ Nasihat Kevin Campbell kepada Unai Emery


Unai Emery perlu segera menyerapkan taktikal pertahanannya kepada semua pemain-pemain termasuklah pemain baru yang bakal ditandatangani Arsenal secepat mungkin bagi saingan musim depan, menurut Kevin Campbell.

Emery setakat ini hanya membuat satu penambahan kepada skuad The Gunners sejak menggantikan Arsene Wenger di Emirates.

Satu penambahan yang dilakukan setakat ini menurut Campbell adalah pemain pertahanan berusia 34 tahun, Stephan Lichtsteiner yang menyertai Arsenal melalui perpindahan percuma dari Juventus.

Namun Campbell menegaskan kemasukan Lichtsteiner dan ditambah beberapa pemain baru hanya akan dapat dilihat perbezaan dan keberkesanan jika beliau (Emery) boleh menggunakan dan menyusun mereka secara terancang.

"Mereka akan membawa pemain baru," kata Campbell kepada Sky Sports. 

"Tetapi saya fikir ia adalah bahagian pertahanan (defensive) yang perlu diberikan perhatian sebagaimana Arsenal beraksi di bawah Wenger, di hujung karier Wenger bersama Arsenal."

"Jadi, saya fikir ia akan menjadi kunci, mendapatkan titik itu kepada pemain, memastikan pemain memahami dan mematuhi apa yang akan dilakukan. Yang akhirnya mereka perlu melaksanakannya di padang. "

Kevin Campbell, 48 merupakan pemain yang dilahirkan daripada akademi Arsenal dan beliau mewakili Arsenal selaku pemain profesional dari tahun 1988 sehingga 1995.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post