![]() |
Jurulatih Jerman, Joachim Löw mempunyai banyak pilihan dalam usaha beliau mempertahankan Kejuaraan Piala Dunia. Kredit foto : Bundesliga |
Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Jerman, Joachim Löw telah mengesahkan senarai 23 pemain yang akan dibawa beliau ke Rusia bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada tahun 2014.
Pada edisi tersebut, Jerman muncul Juara Piala Dunia selepas menewaskan Argentina diperlawanan akhir dengan keputusan 1-0, hasil jaringan tunggal Mario Goetze pada minit ke-113 (masa tambahan).
![]() |
Formasi Jerman ketika berdepan Argentina diperlawanan Akhir Piala Dunia 2014. |
Barisan 23 pemain yang diumumkan Jerman sedikit mengejutkan dimana penjaring gol kemenangan ketika perlawanan akhir edisi tahun 2014, Mario Goetze tidak disenaraikan kali ini.
Begitu juga dengan pemain muda, Leroy Sane yang dilihat cukup cemerlang membantu Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris turut tidak disenaraikan.
Dua pemain yang sebelum ini mencetuskan keraguan mengenai tahap kecergasan mereka ekoran kecederaan yang dialami, Manuel Neuer dan Marco Reus bagaimanapun disenaraikan oleh Joachim Löw bagi mempertahankan kejuaraan di Rusia.
![]() |
Barisan 23 pemain Jerman yang bakal menggalas tugas penting mempertahankan kejuaraan di Piala Dunia Rusia 2018. |
KEKUATAN 2014
Berdasarkan senarai nama diatas, Low hanya membawa 39% kekuatan skuad yang pernah menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil apabila menyenaraikan sembilan pemain daripada skuad 2014 pada kejohanan kali ini.
Bermula pada posisi penjaga gol, Low menyenaraikan bintang Bundesliga, Manuel Neuer yang pernah beraksi pada kejohanan 2014 bersama dua lagi penjaga gol yang disenaraikan Low iaitu Marc-Andre ter Stegen dan Kevin Trapp.
Bermula pada posisi penjaga gol, Low menyenaraikan bintang Bundesliga, Manuel Neuer yang pernah beraksi pada kejohanan 2014 bersama dua lagi penjaga gol yang disenaraikan Low iaitu Marc-Andre ter Stegen dan Kevin Trapp.
Dan ini memberikan 33% kekuatan terdahulu pada posisi penjaga gol untuk kejohanan 2018.
Di bahagian pertahanan pula, Low membawa 38% kekuatan dahulu dengan menyenaraikan tiga pemain yang pernah beraksi pada kejohanan 2014.
Namun pada edisi kali ini, Low mengurangkan pemain pada bahagian pertahanan dengan hanya menyenaraikan lapan pemain pertahanan berbanding sembilan pada tahun 2014.
Dan Low memberi penambahan posisi tengah daripada tujuh pada tahun 2014 kepada lapan pemain pada kali ini (2018).
Ini memberikan Low 50% kekuatan bahagian tengah skuad 2014 untuk digunakan di Russia nanti.
Pada posisi serangan, Low masih mengekal empat pemain untuk dibawa ke Rusia dengan membawa 25% kekuatan lalu pada kejohanan kali ini apabila menyenaraikan Thomas Müller.
SKUAD 2014 | SKUAD 2018 | ||||
---|---|---|---|---|---|
No. | Pos. | Pemain | No. | Pos. | Pemain |
1 | GK | Manuel Neuer | 1 | GK | Manuel Neuer |
2 | GK | Ron-Robert Zieler | 2 | GK | Marc-Andre ter Stegen |
3 | GK | Roman Weidenfeller | 3 | GK | Kevin Trapp |
4 | DF | Kevin Großkreutz | 4 | DF | Jerome Boateng |
5 | DF | Matthias Ginter | 5 | DF | Matthias Ginter |
6 | DF | Benedikt Höwedes | 6 | DF | Jonas Hector |
7 | DF | Mats Hummels | 7 | DF | Mats Hummels |
8 | DF | Erik Durm | 8 | DF | Joshua Kimmich |
9 | DF | Philipp Lahm (c) | 9 | DF | Marvin Plattenhardt |
10 | DF | Jérôme Boateng | 10 | DF | Antonio Rüdiger |
11 | DF | Shkodran Mustafi | 11 | DF | Niklas Süle |
12 | DF | Per Mertesacker | 12 | MF | Julian Brandt |
13 | MF | Sami Khedira | 13 | MF | Julian Draxler |
14 | MF | Bastian Schweinsteiger | 14 | MF | Leon Goretzka |
15 | MF | Mesut Özil | 15 | MF | Ilkay Gündogan |
16 | MF | Julian Draxler | 16 | MF | Sami Khedira |
17 | MF | Toni Kroos | 17 | MF | Toni Kroos |
18 | MF | Mario Götze | 18 | MF | Mesut Özil |
19 | MF | Christoph Kramer | 19 | MF | Sebastian Rudy |
20 | FW | André Schürrle | 20 | FW | Mario Gomez |
21 | FW | Lukas Podolski | 21 | FW | Thomas Müller |
22 | FW | Miroslav Klose | 22 | FW | Marco Reus |
23 | FW | Thomas Müller | 23 | FW | Timo Werner |
Bagaimana Low menggunakan pemain-pemain yang dibawa kali ini.
Peringkat Kelayakan dan Piala Konfederasi 2017
Jika pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014, Low menggunakan formasi 4-3-3, namun peringkat kelayakan beliau lebih gemar menggunakan formasi 4-2-3-1 termasuklah pada tiga siri perlawanan persahabatan terakhir.
Kumpulan C | Formasi | Keputusan |
---|---|---|
Azerbaijan | 4-2-3-1 | Menang 4-1 |
San Marino | 3-4-2-1 | Menang 7-0 |
Czech Republic | 3-5-2 | Menang 2-1 |
Norway | 4-2-3-1 | Menang 6-0 |
N. Ireland | 4-2-3-1 | Menang 3-1 |
Azerbaijan | 3-5-2 | Menang 5-1 |
Pun begitu Low juga gemar menggunakan formasi 3-4-2-1 pada Piala Konfederasi 2017 dimana daripada lima perlawanan secara keseluruhan, beliau menggunakan empat kali formasi tersebut dan secara keseluruhannya juga, Low menggunakan formasi tiga pemain pertahanan sepanjang kejohanan tersebut sehingga merangkul gelaran juara.
Saingan | Lawan | Formasi | Keputusan |
---|---|---|---|
Kumpulan B | Australia | 3-5-2 | Menang 3-2 |
Kumpulan B | Chile | 3-4-2-1 | Seri 1-1 |
Kumpulan B | Cameroon | 3-4-2-1 | Menang 3-1 |
Separuh Akhir | Mexico | 3-4-2-1 | Menang 4-1 |
Akhir | Chile | 3-4-2-1 | Menang 1-0 |
Jika mengikut pada perlawanan kelayakan Piala Dunia yang diharungi Jerman (kumpulan C), mereka mencatat keputusan yang begitu menakjubkan dimana mereka telah memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan (menang 10 perlawanan) tanpa kekalahan mahupun seri.
Menariknya Low menggunakan tujuh kali formasi 4-2-3-1 dalam peringkat kelayakan daripada jumlah keseluruhan perlawanan iaitu 10.
Menariknya Low menggunakan tujuh kali formasi 4-2-3-1 dalam peringkat kelayakan daripada jumlah keseluruhan perlawanan iaitu 10.
Keputusan perlawanan kelayakan Kumpulan C - Piala Dunia
Jerman | P | M | S | K | J:B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|
10 | 10 | 0 | 0 | 43:4 | 39 | 30 |
Dan berdasarkan kepada perlawanan peringkat kumpulan, Low memilih secara purata pemain beliau dalam kesebelasan utama adalah seperti beriku (dengan menggunakan formasi 4-2-3-1):
![]() |
Formasi dan kesebelasan utama (secara purata) Jerman pada peringkat kelayakan Piala Dunia. |
PIALA DUNIA 2018
Tidak mustahi Low bakal menggunakan formasi yang sama dengan hampir keseluruhannya beliau mengekalkan pemain yang sama.
Jangkaan kesebelasan dan pemain pada Piala Dunia 2018 nanti adalah seperti berikut (jika formasi sama seperti diatas : 4-2-3-1):
Memandangkan Mario Götze tidak disenaraikan pada kali ini, tempat beliau kemungkinan bakal diisi oleh Timo Werner manakal tempat Draxler mungkin akan diisi oleh Reus.
4-2-3-1
![]() |
Jangkaan kesebelasan pemain dan formasi yang bakal digunakan Low pada Kejohanan Piala Dunia 2018. |
Tiga pemain serangan (Reus, Werner dan Muller) bakal dibantu Ozil untuk menggerakkan jentera serangan kali ini.
3-5-2
Antara formasi lain yang menjadi alternatif ataupun pilihan Low pada perlawanan peringkat kumpulan (kelayakan Piala Dunia) dan persahabatan adalah menggunakan tiga pemain pertahanan dengan formasi 3-5-2 ataupun 3-5-1-1.
Kejayaan Low menggunakan formasi dengan tiga pemain pertahan mungkin menjadi turut digunakan dengan mempertaruhkan penyerang paling veteran (paling tua bersama Nuer - 32 tahun dalam skuad Jerman kali ini) iaitu Gomez.
Brandt menjadi Low pada kejohanan kali ini dan pemain ini turut menyingkirkan pemain muda Manchester City, Leroy Sane.
Antara kelebihan Brandt (menurut Low) adalah pemain ini mampu menyesuaikan diri dengan taktikan pasukan disamping serasi bergandingan dengan Reus, Muller dan Draxler berbanding Sane yang menurut Low gagal mempamerkan aksi konsisten di peringkat antarabangsa.
“You have to look at the big picture so we have a variable and well-balanced team prepared for all eventualities. We have good players on the wing in Thomas Müller and Marco Reus. Julian Draxler played a good Confed Cup, and made progress there. It was a tight race between Leroy Sane and Julian Brandt. Both have big qualities, both are good in the one-on-one duels," explained Löw.
Dan barisan kesebelasan kemungkinan adalah seperti berikut:
Secara keseluruhannya, Jerman memiliki terlalu ramain pemain-pemain berbakat namun pemilihan yang dibuat Low ini adalah mengikut kesesuaian taktikal pasukan dan keserasian dikalangan pemain.
Pos. | Pemain | Umur | Caps | Jaringan |
---|---|---|---|---|
GK | Bernd Leno | 26 | 6 | 0 |
DF | Jonathan Tah | 22 | 3 | 0 |
DF | Marcel Halstenberg | 26 | 1 | 0 |
DF | Shkodran Mustafi | 26 | 20 | 2 |
DF | Benjamin Henrichs | 21 | 3 | 0 |
MF | Leroy Sané | 22 | 12 | 0 |
MF | Emre Can | 24 | 20 | 1 |
MF | Mario Götze | 26 | 63 | 17 |
MF | Amin Younes | 24 | 5 | 2 |
MF | Serge Gnabry | 22 | 2 | 3 |
FW | Nils Petersen | 29 | 1 | 0 |
FW | Lars Stindl | 29 | 11 | 4 |