Cerita Radamel Falcao, Colombia Dan Piala Dunia.

Salah seorang pemain lagenda Columbia berusia 32 tahun, apakah penurunan, peningkatan dan peluang di Piala Dunia Russia 2018 ini.
Ramadel Falcao telah berusia 32 tahun dan mungkin ini pentas Piala Dunia yang terakhir beliau - gambar oleh skysport


Kaitan Radamel Falcao dan Carlos Valderrama ?

Radamel Falcao Garcia Zarate dilahirkan di pelabuhan Bandar Santa Marta pada 10 Februari 1986, pada waktu kemuncak konflik yang berlaku di Colombia (setahun selepas kumpulan pemberontak mengepung Istana Kehakiman, 1000km di selatan Bogola).


Falcao juga dilahirkan di tempat yang sama dengan lagenda Carlos Valderrama

Penghijrahan sebuah keluarga Radamel Garcia, bola sepak dan Venezuela.

Bapa kepada Falcao, Radamel Garcia juga merupakan seorang pemain bola sepak, bermain sebagai pemain tengah di Santa Fe

Pada tahun 1990, bapanya telah membawa Falcao sekeluarga berhijrah ke Venezuela bagi memperkembangkan lagi kariernya sebelum pulang semula ke Colombia lima tahun kemudian. 

Ketika usia Falcao menjangkau usia 9 tahun, bakat beliau mula dilihat dalam sukan baseball selepas berjaya menambat hati jurulatih kelab utama Colombia. 

Walau bagaimanapun, keluarganya menolak tawaran itu dan memilih untuk menyertai kelab Lanceros de Boyaca sebuah kelab bola sepak yang kurang di kenali di Tunja.

Apabila Falcao mencecah umur 13 tahun, beliau telah berjaya menandatangani kontrak profesional pertama beliau di kelab Primera B, yang kini dikenali sebagai Patriotas Boyaca

Beliau merupakan pemain termuda yang membuat penampilan dalam bola sepak Colombia pada ketika itu. 

Setelah perbincangan ringkas dengan Millonarios di Bogota, Falcao berpindah ke Argentina bagi mengembangkan karier beliau dengan menyertai River Plate.

Yuran perpindahan beliau dilaporkan sekitar 300,000 pound pada tahun 2000. 

Bersama kelab itu, beliau dikenali dengan gelaran sebagai 'El Tigre' (the tiger) yang mana gelran tersebut diberikan oleh rakan sepasukannya, Gonzalo Luduena.


Ramadel Falcao bergandingan dengan Alexis Sanchez semasa di River Plate - gambar oleh Pinterest

Penampilan pertama beliau bersama skuad utama kelab tersebut hadir empat tahun kemudian iaitu setelah beliau menamatkan pengajian diperingkat ijazah dalam bidang kewartawanan di Buenos Aires. 


Setelah berjaya membuat penampilan dalam kesebelasan utama River Plate serta menjadi pemain pilihan (tetap) - First-Team Regular pada tahun 2005, tahun berikutnya menyaksikan musim suram buat beliau apabila pada tahun 2006 beliau mengalami kecederaan Ligamen Anterior Cruciate yang menyebabkan beliau diketepikan selama setahun bagi proses pemulihan. 

Tahun 2007 beliau kembali dan hanya berjaya menjaringkan tujuh gol sepanjang penampilan beliau dan pada tahun itu juga beliau berjaya melakukan penampilan pertama dengan skuad kebangsaan Colombia.

Kisah Eropah Radamel Falcao bermula pada 2009, hampir ke Aston Villa.

Aksi Ramadel Falcao di FC Porto, Portugal - gambar oleh skysport

Pada tahun 2009 setelah gagal dalam urusan perpindahan ke Aston Villa yang mana usia beliau ketika itu baru berumur 23 tahun, beliau akhirnya menyertai FC Porto dengan yuran perpindahan sebanyak 3 juta pound.

Beliau cepat menyesuaikan diri di Portugal dan berjaya menjaringkan 72 gol dalam 87 penampilan beliau selama 3 musim bersama kelab itu.

Dan nama beliau terus melonjak naik sehinggakan Atletico Madrid tampil dengan bidaan berjumlah 35 juta pound untuk membawa Falcao berhijrah ke Sepanyol pada 2011. 

Di sini juga beliau berjaya mengekalkan rekod cemerlang dengan 70 jaringan dalam 91 penampilan untuk Atletico Madrid.

70 jaringan dalam 91 perlawanan Falcao bersama Atletico Madrid - gambar oleh skysport

Beliau mula mendapat perhatian oleh kelab-kelab besar dan Real Madrid dilaporkan mahu menandatangani beliau pada jendela perpindahan tahun 2013, namun beliau memilih untuk beralih arah ke liga Perancis, Ligue 1 dengan menyertai AS Monaco.

Dengan yuran perpindahan mencecah 50 juta pound, ia adalah satu langkah yang berlawanan dari pemain bola sepak yang lebih inginkan untuk menyertai kelab besar seperti Real Madrid berbanding tindakan yang dilakukan Falcao.


Perjalanan mulai berliku-liku, kecederaan dan kesesuaian diri menjadi faktor.

Falcao sah menjadi pemain AS Monaco dengan yuran perpindahan 50 juta pound dari Atletico Madrid - gambar oleh skysport

Namun karier beliau di sini tidaklah begitu mengagumkan dimana beliau hanya mampu menjaringkan sembilan gol bagi saingan liga semusim ekoran kecederaan ACL yang dialami beliau pada Januari 2014. 

Kecedaraan itu menjadikan impian Piala Dunia beliau dalam keadaan bahaya, tetapi beliau tetap optimis untuk membuat penampilan pentas Piala Dunia.

Dengan sokongan padu peminat Colombia terhadap beliau dengan menjalankan kempen dan sokongan moral melalui media sosial serta media turut memainkan peranan bagi memastikan moral yang tinggi untuk beliau cepat pulih sebelum menjelang Piala Dunia, namun beliau gagal pulih sepenuhnya sebelum sepak mula kejohanan itu.

Setelah pulih dari kecederaan pada permulaan musim 2014/15, Falcao bangkit dari bangku simpanan dalam dua perlawanan liga pertama AS Monaco dan menjaringkan gol semasa AS Monaco tewas kepada Lorient 2-1 dan menjaringkan gol tunggal kemenangan AS Monaco ke atas Nantes 1-0.

Khabar angin kali ini bertiup kencang mengenai perpindahan beliau dan di tambah pula, seminggu sebelum beliau berpindah, Falcao dilihat hanya menonton perlawanan AS Monaco bersama dengan pemilik kelab, Vadim Vasilyev

Ini menguatkan lagi khabar angin mengenai perpindahan beliau.

Dan dua hari kemudian, Manchester United mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani Falcao secara pinjaman untuk tempoh semusim.

Radamel Falcao dalam aksi bersama Manchester United selepas dipinjamkan AS Monaco semusim - gambar oleh google

Namun hujan pula di tengahari, apabila beliau gagal menyesuaikan diri pada suasana Liga Perdana Inggeris dan siri kecederaan beliau turut kembali. 


Falcao kemudiannya diketepikan dari skuad utama Manchester United dan hanya membuat penampilan bersama skuad U21 pada Mac 2015 di bawah kendalian Louis Van Gaal

Dengan perkembangan itu, Manchester United memutuskan untuk tidak menandatangani Falcao secara kekal musim seterusnya. 

Falcao hanya mampu membuat penampilan sebanyak 29 kali dan hanya empat gol sahaja yang dijaringkan beliau bersama kelab tersebut.

musim suram Falcao berterusan di Chelsea - gambar oleh google

Disaat kerjaya beliau menunjukan jalan yang suram, Jose Mourinho tampil untuk memberi peluang dengan membuat tawaran pinjaman semusim untuk menyertai Juara Liga, Chelsea. 

Falcao hanya sekali tampil dalam 'first eleven lineup' bagi sembilan penampilan beliau bersama Chelsea yang dikendalikan oleh Mourinho. 

Ini kerana siri kecederaan beliau mula kembali dan kali ini beliau mengalami ketegangan pangkal paha, beliau diketepikan sehingga Februari 2016. 

Selepas itu beliau hanya membuat sekali sahaja penampilan di bawah pengurus sementara Chelsea, Guus Hiddink.

Berakhir mimpi ngeri di England, apakah sinar mula kelihatan di Monaco ?

Selepas tiga tahun berada di dalam kemurungan dan dua kali di pinjamkan, Falcao kembali semula ke Monaco dan perlu mengambil hati para peminat setia kelab itu. 

Ia nampak seperti saat bahagia mulai berputik kembali apabila beliau diterima dengan baik oleh peminat AS Monaco dan pengurus pasukan, Leonardo Jardim turut menganugerahkan lilitan armband (kapten) kepada beliau.

Falcao telah menjaringkan gol dalam penampilan pertama beliau setelah kembali semula ke AS Monaco pada perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah menentang Fenerbache.

Radamel Falcao di berikan lilitan armband oleh Leonardo Jardim - gambar The Guardians

Musim penuh pertama Falcao di Monaco sangat cemerlang, beliau telah membantu kelab itu untuk muncul Juara Ligue 1 buat pertama kali semenjak zaman millennium, menafikan pilihan utama PSG yang lebih dominan menguasai liga tersebut. 

Tidak cukup dengan kejayaan kelab, Falcao sendiri berjaya dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan 24 gol dalam 36 penampilan dan berada dalam senarai calon Ballon d'Or 2017.



Peluang Piala Dunia pertama Radamel Falcao di Russia ?

Dengan status bebas dari diselubungi atau didampingi oleh sebarang kecederaan, ini adalah masa yang terbaik buat beliau dikala usia sudah menjangkau 32 tahun untuk membawa Colombia pergi lebih jauh dalam saingan kali ini.


graf jaringan Falcao - gambar oleh skysports

Walaupun nama beliau tidak menjadi impak pemerhatian di peringkat antarabangsa, namun beliau tetap menjadi penjaring terbanyak Colombia. 

Pada Jun 2017 yang lalu, beliau menjaringkan gol ke-26 ketika bertemu Sepanyol dalam aksi persahabatan yang berkesudahan seri 2-2. 

Sejak dari jaringan itu, beliau terus menambah koleksi jaringan bersama skuad Colombia untuk merekodkan jaringan ke-29 selepas menjaringkan setiap satu gol ketika bertemu Brazil dan Paraguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia dan yang terkini adalah jaringan perlawanan persahabatan bertemu Perancis.


Kumpulan H

Colombia diletakkan dalam kumpulan H bersama pasukan pilihan kumpulan tersebut, Poland dan wakil Asia, Jepun serta wakil Afrika iaitu Senegal

Falcao akan memimpin Colombia pada aksi pertama yang dijadualkan pada 19 Jun menentang Jepun, kemudiannya Poland dan Senegal. 

Colombia dilihat tidak mengalami masalah untuk layak ke pusingan kalah mati. 

Impian beliau untuk beraksi di Piala Dunia pertamanya pasti menjadi kenyataan - gambar oleh google 

The World Cup is a dream for me. I am very motivated to help Colombia qualify for the World Cup and then I want to play it. I'm getting ready for that.
Adakah Falcao dapat memberi impak besar buat Colombia, mungkin ini adalah cerita Piala Dunia pertama dan terakhir beliau sebagai pemain bola sepak. 

Semoga berjaya buat Radamel Falcao Garcia Zarate dan Colombia di pentas paling agung dalam arena bola sepak, FIFA World Cup 2018 Russia.

Post a Comment

Previous Post Next Post