Bekas Pengarah Bolasepak Tottenham Hotspur mahukan penyerang Arsenal.

Damien Comolli, pengarah bolasepak Fenerbahce. Kredit foto: High Performance Football Coaching

Media Turki, Fotomac mendakwa bahawa Fenerbahce mahu menandatangani penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette secara pinjaman.



Presiden kelab Fenerbahce, Ali Koc telah melantik bekas Pengarah Bolasepak Tottenham Hotspur, Damien Comolli sebagai Pengarah Sepak Bola kelab tersebut pada 7 Jun 2018 (semalam) dan Comoli dikatakan mensasarkan penyerang Arsenal untuk dibawa masuk musim depan.

Comili, 46 tahun sebelum ini pernah berkhidmat bersama beberapa kelab ternama seperti Monaco, Saint-Étienne, Arsenal, Tottenham Hotspur dan Liverpool serta fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Perancis.

Tahun Kelab/Pasukan Jawatan
1996 Arsenal scout
2004 Saint-Étienne technical director
2005 Tottenham Hotspur director of football
2008 Saint-Étienne sporting director
2010 Liverpool director of football strategy


Menurut Fotomac, pengendali baharu Arsenal, Unai Emery dikatakan ingin menggantikan Alexandre Lacazette dengan pemain Valencia, Rodrigo Moreno dan ini dapat membuka ruang perpindahan Lacazette ke Fenerbahce.

Rodrigo Moreno menjadi pemain pilihan Emery. Kredit foto :SOCCERINFOMANIA
Kemasukan Pierre-Emerick Aubameyang ke Arsenal pada perpindahan Januari lalu, disifatkan media Turki itu sebagai titik permulaaan kesukaran buat penyerang Perancis, Lacazette bersama Arsenal.

Dan masa depan Lacazette di Emirates turut dilihat semakin sukar, lebih-lebih lagi setelah pemain tersebut gagal mempamerkan aksi yang konsisiten selain kesukaran menjaringkan gol.

Media itu yakin dengan keupayaan Comili untuk meyakinkan Lacazette menyertai kelab Turki tersebut sambil menyifatkan pengarah baru Fenerbahce itu mengenali Lacazette ketika mereka berada di Perancis.

Pun begitu sukar untuk mempercayai dakwaan media Turki itu (Fotomac) memandangkan Comili ketika berada di Perancis, beliau bersama kelab St Etienne, sementara Lacazette pula berada bersama seteru setempat pasukan itu, Lyon.

Serta adalah mustahil untuk kita melihat Emery membawa masuk penyerang Valencia itu memandangkan tugas untuk membawa pemain baru ke Arsenal kini dipikul oleh Mislintat dan Sandllehi.

Melainkan Emery berjaya menyakin kedua-dua individu tersebut untuk membawa Rodrigo Moreno yang dianggarkan bernilai £50 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post