Ejen pemain sahkan minat 3 pasukan dari London.

Ejen pemain sahkan minat 3 pasukan dari London. Kredit foto: UEFA

Tiga hari lalu, berita mengenai tiga kelab London berminat untuk mendapatkan pemain muda Perancis, Morgan Sanson hangat diperkatakan terutamanya Tottenham.




Pemain tengah berusia 23 tahun itu mempunyai musim yang cukup cemerlang bersama Marseille musim lalu dan sudah tentu penyokong dan peminat kelab tersebut tidak mahu melihat prospek muda ini meninggalkan kelab itu.

Dengan dikaitkan ketika ini dengan tiga kelab ternama Inggeris seperti Chelsea, Arsenal dan Tottenham, sudah pasti ianya sedikit sebanyak meresahkan peminat-peminat Marseille.

Banyak khabar angin datang dan pergi begitu sahaja semasa jendela perpindahan dibuka dan juga tidak selalunya ejen pemain sedia untuk bercakap secara terbuka mengenai situasi yang mengaitkan klien mereka apatah lagi untuk mengesahkan minat pasukan terhadap klien-klien mereka (pemain).

Media Perancis, Foot Mercato telah menghubungi agen Sanson dan ianya amat mengejut dimana Michael Manuello (ejen Sanson) begitu terbuka dalam membicara mengenai minat pasukan yang inginkan klien beliau kepada umum.

"Chelsea tidak akan bertindak lebih daripada itu (sekadar membuat pertanyaan). Mereka akan mencari dan fokus terhadap perkara lain. Tottenham benar-benar mengikuti Morgan. Benar. Arsenal mengikutinya juga. Sekarang, saya tidak tahu apa yang Unai Emery mahu."

"Sevilla sangat menghargai dia (Sanson). Itu benar. Tetapi saya fikir mereka mempunyai kekangan kewangan yang menghalang mereka untuk bertindak."

"Valencia juga berminat. Tetapi mereka telah mendapat Geoffrey Kondogbia, jadi saya tidak fikir mereka akan bertindak untuk mendapatkan Sanson."

Selain itu, terdapat juga minat yang ditunjukkan dari Itali untuk pemain bolasepak ini, namun Manuello menegaskan sebelum sesuatu berlaku, beliau terlebih dahulu harus mengetahui apakah rancangan Marseille untuk Sanson.

Ada kemungkinan buat  Marseille menawarkan kontrak baru terhadap Sanson dan itu menyebabkan ejen pemain ini mampu bercakap secara terbuka mengenai minat yang ditunjukkan oleh Tottenham dan kelab-kelab lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post