Sven Mislintat sasarkan pemain yang pernah disasarkan Arsene Wenger

 Sven Mislintat sasarkan pemain yang pernah disasarkan Arsene Wenger. Kredit foto :The Sun

Dua hari lalu,media Jerman, Bild melaporkan Arsenal berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan dari RB Leipzig, Lukas Klostermann.



Pemain berusia 22 tahun itu merupakan seorang pemain pertahanan yang sangat versatile dan boleh bermain pada mana-mana posisi dibarisan pertahanan dengan Bild mengatakan bahawa Arsenal akan membawa pemain tersebut menyertai skuad The Gunners musim depan.

Minat yang tinggi terhadap pemain pertahanan ini ditunjukkan dari The Gunners dengan menggambarkan ianya adalah sebahagian daripada perancangan Mislintat dalam membantu Unai Emery membentuk sebuah pasukan yang mantap musim depan.

Namun, rumors ataupun khabar angin yang mengaitkan pemain ini dengan Arsenal bukanlah sesuatu yang baru.

Dua tahun lalu (2016), media Inggeris, Daily Mail melaporkan dimana Arsene Wenger mahukan pemain pertahanan tersebut menyertai Arsenal bagi menyelesaikan masalah pada barisan pertahanan ketika itu.

Pun begitu, Wenger akhirnya memilih untuk mendapatkan pemain pertahanan Jerman yang lebih berpengalaman iaitu Shkodran Mustafi.

Lukas Klostermann (20 tahun) pada tahun itu (2016) dianggarkan bernilai sekitar £25 juta manakala Shkodran Mustafi pula berjaya dibawa masuk Arsenal daripada Valencia dengan nilai perpindahan yang dianggarkan sekitar £35 juta.

Kini Mislintat bakal meneruskan usaha Wenger yang terbengkalai dua tahun lalu apabila dikatakan mahu membawa Lukas Klostermann yang kini berusia 22 tahun dan memiliki kontrak bersama RB Leipzig sehingga Jun 2021.

Rekod penampilan musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit Permainan
1.Bundesliga 26 1 - 2.192'
Champions League 6 - - 462'
Europa League 5 - - 450'
DFB-Pokal 2 - - 101'
JUMLAH 39 1 - 3,205'

Posisi beraksi (mampu)

Post a Comment

Previous Post Next Post