Berita perpindahan menurut akhbar dan media Eropah.

Rangkuman berita perpindahan menurut laporan media dan akhbar Eropah yang merangkumi lima liga utama Eropah.


Sepanyol

Pengendali baru Arsenal, Unai Emery dilaporkan mahu membawa pemain tengah Sevilla, Ever Banega ke Emirates dan boleh menandatangani pemain kebangsaan Argentina itu dengan bayaran £18 juta sebagaimana ditetapkan oleh klausa pelepasan dalam kontrak pemain tersebut.
Sumber : Estadio Deportivo.


Juventus mendahului beberapa kelab Eropah dalam memburu pertahanan tengah Uruguay, Diego Godin. Bintang Atletico Madrid itu memasuki tahun terakhir kontraknya dan boleh ditandatangani dengan nilai £ 18 juta mengikut klausa dalam kontraknya. (AS)

Thomas Tuchel telah memutuskan bahawa pemain pertahanan mereka, Yuri Berchiche dibenarkan untuk berpindah ke Athletic Bilbao pada masa terdekat kerana pemain itu tidak berada didalam perancangan beliau di Paris Saint-Germain musim ini. (Marca)

Villarreal mungkin terpaksa mencari pengganti kepada pemain antarabangsa Serbia, Antonio Rukavina pada musim panas ini dan mungkin mensasarkan pemain pertahanan Schalke, Coke Andujar. Pemain tersebut menarik perhatian Villarreal pada aksi La Liga ketika dipinjamkan kepada Levante musim lalu. (Marca)

Barcelona masih mencari penaja baru untuk membantu belanjawan mereka dan bakal kembali sekali lagi ke Qatar Airways dengan dilaporkan bakal menerima penajaan bernilai diantara £7-9 juta.
Lembaga pengarah kelab itu berharap mampu meneruskan rundingan lanjut setelah perbincangan sebelumnya dengan syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot tidak berjaya. (Marca)



Itali

Lazio sedia untuk menawarkan kontrak kepada pemain sasaran Arsenal, Gelson Martins dengan tawaran bernilai £ 2.2 juta setahun bagi tempoh lima tahun dengan harapan dapat meyakinkan pemain Portugal itu untuk berpindah ke Itali dan bukan ke Liga Perdana Inggeris. (Corriere dello Sport)

Pemain Inter Milan, Nicolo Zaniolo dan Davide Santon kedua-duanya tiba di Roma untuk melengkapkan perpindahan ke kelab tersebut. Pemain tersebut dimasukkan dalam perjanjian pertukaran untuk perpindahan Radja Nainggolan ke bahagian Inter Milan. (Corriere dello sport)

Pengerusi Napoli, Aurelio De Laurentiis, telah menaikkan harga Marek Hamsík kepada £ 35 juta, memandangkan kelab-kelab China menunjukkan hasrat yang jelas untuk menandatangani pemain antarabangsa Slovakia itu. (Gazetta dello Sport)

Jurulatih Inter, Luciano Spalletti sekali lagi menegaskan bahawa pemain yang menjadi sasaran Chelsea, Mauro Icardi tidak akan meninggalkan kelab itu dan merupakan pemain penting untuk rancangan pengurus tersebut musim depan. (Tuttomercato)

Jerman

Real Madrid dikatakan cuba memujuk Bayern Munich untuk menjual bintang mereka, Robert Lewandowski dengan menawarkan Karim Benzema dan beberapa bintang Bernabeu lain sebagai pertukaran kepada penyerang Poland itu. (Kicker)

Eintracht Frankfurt mengakui mereka mungkin tidak berupaya untuk menghalang Omar Mascarell meninggalkan kelab itu pada musim panas ini jika Real Madrid memilih untuk menggunakan pilihan membeli kembali (buy back option) bernilai £ 3.5 juta. Pemain tengah Sepanyol itu turut menjadi sasaran Schalke. (Kicker)

Pemain yang menjadi sasaran Arsenal, Abdou Diallo dijangka melengkapkan perpindahannya ke Borussia Dortmund dalam masa terdekat. Pemain pertahanan tengah Perancis itu bakal menandatangani kontrak dengan kelab Bundesliga tersebut sehingga 2023 dan bakal menerima sebanyak £ 25 juta. (SportBild)



Perancis

PSG mungkin terpaksa membuat tawaran kontrak baru kepada Marco Verratti bagi menghalang cubaan Barcelona untuk memikat pemain tersebut. Pemain tengah kelahiran Itali itu menerima gaji tahunan bersih sebanyak £6.6 juta namun bakal menerima kenaikan menjadi £8 juta dalam perjanjian baru jika dilakukan. (Le 10 Sport)


Pemain sasaran Liverpool, Nabil Fekir mungkin akan kekal di Lyon untuk tempoh semusim lagi menurut Presiden kelab itu, Jean-Michel Aulas. Dalam temubual baru-baru ini Aulas menyatakan bahawa kelab itu mempunyai cara untuk menghaang pemain bintang mereka jika perlu. (L'Equipe)

Post a Comment

Previous Post Next Post