Granit Xhaka, Xherdan Shaqiri dan Stephan Lichtsteiner terlepas hukuman penggantungan namun didenda


FIFA telah membuka prosiding tatatertib terhadap tiga pemain dan mereka telah diberi amaran mengenai kelakuan mereka di masa hadapan.


Tiga bintang Switzerland terselamat daripada menerima hukuman penggantungan perlawanan pada Kejohanan Piala Dunia 2018 namun di denda FIFA diatas kesalahan meraikan gol termasuklah ketika meraikan gol kemenangan dalam perlawanan yang berkesudahan Switzerland menang 2-1 ke atas Serbia.

Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka dan pemain Stoke City, Xherdan Shaqiri didenda sebanyak £ 7,600 kerana membuat isyarat tangan untuk meniru simbol kebangsaan Albania (helang berkepala dua).

Manakala kapten mereka yang merupakan pemain terbaru Arsenal, Stephan Lichtsteiner juga didenda sebanyak £ 3,700 kerana peranan beliau ketika meraikan gol kemenangan Switzerland.
Ketiga-tiga mereka turut diberi amaran supaya menjaga tingkah laku mereka agar tidak  bertentangan dengan prinsip 'fair play' dalam perlawanan masa akan datang.

Sekiranya kesalahan itu diulangi, ketiga-tiga mereka akan menghadapi hukuman yang lebih berat.

Selain itu, pihak FIFA juga menghukum Presiden FA Serbia, Slavisa Kokeza dan jurulatih mereka, Mladen Krstajic berhubung dengan komen yang dibuat mereka selepas perlawanan tersebut dengan denda berjumlah SFr5,000 (kira-kira £3,817) setiap seorang.

Serta denda tambahan terhadap FA Serbia juga dikenakan sebanyak SFr54,000 (£41,246) diatas kesalahan mempamerkan sepanduk diskriminasi dan mesej provokasi oleh penyokong Serbia.

Pihak FIFA juga mendenda Argentina dengan jumlah sebanyak SFr105,000 (kira-kira £80,166) diatas penglibatan penyokong mereka dalam insiden pergaduhan, membuang objek dan melaungkan ataupun menyanyikan lagu-lagu homophobik dan menghina serta melanggar Peraturan Media dan Pemasaran kerana gagal menghadiri wawancara ringkas selepas perlawanan menentang Croatia.

FA Croatia juga didenda sebanyak SFr13,000 (£9,932) kerana menimbulkan huru-hara (penyokong) ketika perlawanan mereka pada hari Khamis.

Post a Comment

Previous Post Next Post