Luahan bekas pemain pertahanan Arsenal mengenai kutukan penyokong terhadap beliau.

André Santos mewakili Arsenal dari ahun 2011 sehingga 2013. Kredit foto : GiveMeSport

Pada 31 Ogos 2011, Arsenal telah menandatangani Andre Santos untuk tempoh jangka masa panjang dari kelab Turki, Fenerbahçe SK dengan nilai perpindahan dianggarkan berjumlah €7 juta.


Tindakan beliau bertukar jersi dengan bekas kapten Arsenal, Robin van Persie pada separuh masa ketika pertemuan diantara Manchester United dan Arsenal (3 November 2012) mencetuskan kemarahan peminat dan penyokong Arsenal.

Hujung minggu lalu, bekas pemain pertahanan Arsenal itu menceritakan kisah menarik beliau ketika bersama Arsenal dalam rancangan ESPN Brazil 'Resenha' termasuklah luahan perasaan mengenai kisah pertukaran jersi bersama van Persie selain kisah beliau ditangkap polis.

Beliau turut menceritakan bagaimana kesan daripada pertukaran jersi dengan bekas kapten Arsenal itu memberi kesan kepada hidup sepanjang berada di London.

"Van Persie merupakan seorang individu yang hebat, sahabat baik saya," kata Santos kepada ESPN Brasil.

"Kami bermain bersama di Arsenal selama lebih setahun. Ia sangat baik, ketika saya tiba di Arsenal, beliau menghulurkan tangan sebagai tanda persahabatan, dia adalah kawan saya yang hebat."

"Kemudian dia dipindahkan ke United."


"Pada minggu itu beliau bercakap dengan saya, dan memandangkan beliau telah bermain untuk kelab itu selama sembilan tahun, beliau memerlukan dua jersi Arsenal."

"Namu dia tidak akan mempunyai sesiapa untuk menukar jersi dengannya."

"Dia berkata, Andre, saya ingin bertukar dengan awak, kerana kami mempunyai persahabatan, maka saya akan bertukar dengan awak kerana saya memerlukan dua jersi Arsenal. "

"Dan saya berkata, tak apa, tidak ada masalah, kita akan menukarnya, saya akan memberikan awak yang dua jersi, semuanya ok'."



"Pada hari perlawanan, babak pertama berakhir dengan United mendahului Arsenal 1-0, dan pada awal perlawanan beliau telah berpesan kepada saya 'jangan lupakan jersi saya, saya perlukannya', saya berkata 'baiklah, ambil satu pada (ketika) separuh masa, dan satu lagi pada akhir perlawanan."

"Pada separuh masa (rehat) dia datang ke arah saya, kami pergi menuju ke bilik persalinan (terowong) untuk bertukar jersi, dan saya telah memberikan jersi saya sebelum kami memasuki terowong."

"Beliau meninggalkan Arsenal dalam penuh kesedihan dimana peminat begitu membenci beliau, membakar jersi beliau."

"Dan saya telah mengambil jersi beliau dan memberikan jersi saya kepada beliau."

"Situasi mula menjadi semakin sukar apbila ianya mula diperkatakan oleh akhbar dan bekas pemain Arsenal, hanya kerana saya telah mengambil jersi Van Persie, walaupun kami mempunyai persahabatan. Kemudian selepas peristiwa itu, mereka mula mengutuk saya, mula bercakap mengenai peristiwa itu, maka ia menjadi semakin sukar. "


Selain kisah mengenai pertukaran jersi bersama van Persie, beliau turut menceritakan kisah beliau ditangkap kerana memandu melebihi had laju ketika menuju ke pusat latihan Arsenal.

"Saya sedang memandu menuju ke sesi latihan, dan apabila anda memiliki banyak wang, anda mempunyai kereta yang hebat dan anda pasti ingin menguji kehebatan kereta tersebut dengan memandu laju."

"Saya mempunyai Masseratti, saya akan berlatih pada 8:30 pagi, sehari sebelum Liga Perdana bermula."

"8:30 pagi, hampir tiba di tempat latihan, dengan tingkap kereta ditutup, pagode (gaya muzik Brazil) yang kuat di dalam kereta, memotong, had laju hanya 90mph, saya memandu dengan kelajuan 125mph, dan polis berada di belakang saya selama tujuh minit."

"Apabila saya tiba berhampiran tempat latihan, memasuki jalan masuk ke tempat latihan, saya berpaling, terdapat empat kereta polis. Satu datang dari sini, satu dari sana, satu dari sana, dan satu lagi dari belakang saya."

"'Berhenti, berhenti!'. Mereka menairk saya keluar dari kereta, menolak saya ke kereta, mereka menggari saya."

"Walcott, Wilshere, semua orang melalui melepasi saya, berkata, 'Dah kenapa kau, ditangkap dalam menghadiri latihan? Saya tidak faham!"

"Malah kisah ini turut mendapat liputan dalam akhbar-akhbar utama. Saya sangat kecewa. Wenger memanggil saya, beliau berkata: 'Tenang André, memang di England, mereka seperti itu, saya akan menghantar seorang peguam, apabila kamu keluar dari penjara, kamu terus datang ke pasukan, esok kamu akan bermain'. "

Antara laporan media mengenai penangkapan Santos yang disiarkan oleh Eurosport
Andre Santos menyertai Arsenal dari Fenerbahce pada tahun 2011 dengan nilai perpindahan berjumlah €7 juta. 

Beliau membuat 33 penampilan bersama Arsenal dengan tiga gol berjaya dijaringan beliau sebelum dipinjamkan kepada ke Grêmio pada 10 Februari 2013.

Enam bulan kemudian, beliau dilepaskan Arsene Wenger dan Arsenal.

Selain beraksi pada posisi pertahanan kiri, beliau juga mampu beraksi pada posisi sayap kiri.

Kini pada usia 35 tahun, beliau masih mempunyai kontrak bersama kelab Turki, Boluspor dan bakal berakhir pada penghujung bulan ini (Jun 2018).


Post a Comment

Previous Post Next Post