Punca mengapa pengumuman Sokratis Papastathopoulos masih belum dilakukan

Sokratis Papastathopoulos sah sertai Arsenal. Mungkin inilah pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh peminat Arsenal dan lebih menyakinkan lagi apabila pengumuman tersebut dilakukan oleh laman rasmi Arsenal sendiri.


Bermula April lalu, begitu banyak yang berlaku mengenai perkembangan pemain pertahanan tengah yang cukup pengalamanan ini dikaitkan dengan Arsenal.

Dan menjelang Mei lalu, berita perpindahan ini semakin hangat sehinggakan media Jerman, Bild melaporkan pertahanan Borussia Dortmund itu berada di ambang perpindahan dengan pasukan Arsenal merupakan destinasi pemain tersebut musim depan.

Serta media Jerman yang lain turut melaporkan berita yang sama sehinggalah laporan pemain itu dikatakan menjalani ujian perubatan bersama Arsenal di London hampir dua minggu lalu.

Namun sehingga kini masih tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai perpindahan pemain ini dan anda boleh baca kronologinya disini : Pengumuman Kehadiran  Sokratis Papastathopoulos 

Semenjak itu, isu perpindahan ini semakin meresahkan peminat dan penyokong Arsenal dan ianya turut membuat mereka tertanya-tanya mengenai status sebenar perpindahan Sokratis Papastathopoulos ke Arsenal.

Adakah ianya 'on' ataupun 'off'. Jadi ke tak jadi?

Pun begitu, media Jerman yang menjadi sumber rujukan perpindahan ini, Kicker mendakwa mereka mengetahui punca sebenar mengapa perpindahan ini masih belum diumumkan walaupun segalanya telah dipersetujui dan telah diselesaikan.

Der Wechsel von Sokratis von Borussia Dortmund zum FC Arsenal für 16 Millionen Euro ist längst beschlossene Sache. Zwei weitere Millionen können für den BVB an Bonuszahlungen später noch hinzukommen. Aus bilanztechnischen Gründen bei den Westfalen soll der Transfer allerdings erst im neuen Geschäftsjahr ab Anfang Juli offiziell verkündet werden.
-- Kicker 


Mengkut laporan tersebut, mereka mendakwa bahawa pihak Borussia Dortmund mahu menangguh kan dahulu pengumuman tersebut supaya mereka dapat merekodkan urusan perpindahan pada pembukaan akaun kewangan tahunan baru yang bermula pada Julai depan.

Itu bermakna, mengumumkan perjanjian perpindahan itu hanya akan dilakukan pada bulan Julai nanti.

Segala-galanya dilaporkan telah dipersetujui dengan Arsenal bakal membayar €16 juta serta ditambah dengan potensi €2juta lagi sebagai bonus kepada Borussia Dortmund.

Post a Comment

Previous Post Next Post