Bola rasmi musim 2018/2019 Liga Perdana Inggeris didedahkan

Merlin, bola rasmi bagi perlawanan Liga Perdana musim 2018/19. Kredit foto : Premier League

NIKE MERLIN bola rasmi Liga Perdana Inggeris musim 2018/19.



Laman Liga Perdana Inggeris menggambarkan bola baru bagi musim 2018/19 keluaran Nike sebagai satu revolusi reka bentuk dimana pengeluar produk sukan itu telah menggabungkan teknologi All Conditions Control (ACC) dalam bolasepak buat pertama kalinya.

Dan rekaan ini adalah bertujuan bagi memastikan sentuhan dan kawalan optimum dalam semua keadaan cuaca dan padang.

Nike Merlin
Nike Merlin (ACC) dihasilkan dengan corak rekaan alur menggunakan garisan warna 3D yang didakwa akan meningkatkan lagi kualiti serta bakal membuat pemain lebih menghayati kelebihan bola ini disamping ianya lebih aerodinamik yang seterusnya membantu pergerakan bola di udara.

Jika sebelum ini ianya direka dan dihasilkan dengan terdapat sekurang-kurangnya 32 panel, Nike Merlin, hanya mempunyai empat panel dan ianya merupakan yang pertama dihasilkan di dunia.

Bola yang dihasilkan dengan 32 panel. Kredit Foto : CGTrader
Dengan jumlah panel yang kurang, ini bermakna jahitan terhadap bola juga kurang dan mengurangkan serta menghapuskan titik keras pada bola bagi membolehkan pemain membuat hantaran lebih tepat selain melakukan rembatan lebih padu.

Dan warna yang terdapat pada bola, warna putih, hitam, ungu, biru dan kuning akan membantu para pemain mengenal pasti dan mengagak dengan lebih mudah, saat bola akan jatuh, arah pergerakan dan kelajuan bola.

Nike mula menjadi penaja bola rasmi bagi Liga Perdana Inggeris bermula pada tahun 2000 dan sebelum itu, pengeluar barangan sukan British, Mitre menjadi penaja bagi bola rasmi bermula liga perdana diperkenalkan sehinggan tahun terakhir 1999.

Mitre Ultimax merupakan bola terakhir yang digunakan dalam saingan Liga Perdana Inggeris keluaran Mitre. 
Kredit foto :Balls

Post a Comment

Previous Post Next Post