Javier Pastore Setuju Potong Gaji Untuk Sertai Manuel Pellegrini.

Manuel Pellegrini kembali ke Premier League selepas meninggalkan Manchester City pada Jun 2016. Namun pada musim depan beliau kembali ke Premier League sebagai pengurus West Ham United.

  • Manuel Pellegrini sudah lama meminati Javier Pastore.
  • William Carvalho dalam radar dan Ryan Fredericks semakin hampir.
Manuel Pellegrini ketika menjadi pengurus Hebei China Fortune - gambar oleh VCG via Getty Images

Javier Pastore setuju dengan pemotongan gaji dari apa yang diterima sebelum ini bagi menyertai Manuel Pellegrini ke West Ham United dari Paris Saint-Germain.

West Ham United dikatakan sedang giat melakukan perbincangan dengan Paris Saint-Germain bagi membawa pemain itu ke Premier League pada jendela perpindahan ini. Jika ia berlaku Pastore berkemungkinan tidak akan mendapat gaji sebanyak 849 ribu ringgit seminggu seperti mana beliau di PSG, pemain kelahiran Argentina itu akan menerima penurunan gaji di West Ham United.

Javier Pastore menjadi target Manuel Pellegrini pada perpindahan musim panas - gambar oleh David Vincent/AP

Pellegrini yang menggantikan David Moyes pada mei lalu dengan kontrak 3 tahun bersama West Ham United sudah lama mengagumi pemain ini sejak beliau mengurus pasukan Manchester City lagi, dan menurut laporan beliau hampir menandatangani pada musim terakhir beliau di Stadium Etihad pada 2015. 

Pastore yang menyertai PSG dari Palermo dengan yuran perpindahan sebanyak 37 juta pound pada 2011, baru-baru menyatakan beliau tidak selesa di PSG kerana kurang mendapat peluang permainan. Beliau hanya membuat 16 penampilan bersama PSG bagi kesemua kejohanan pada musim ini.

West Ham United juga dilaporkan sedang memantau pemain tengah Sporting Lisbon, William Carvalho yang juga menjadi sasaran Everton. 

Beliau salah satu pemain yang dikatakan mahu keluar dari kelab setelah beberapa konflik di antara pemain dan juga pengurusan kelab.

Beberapa pemain juga dilihat menjadi perhatian Pellegrini tengah Barcelona, Marlon Santos dan penjaga gol Aston Villa, Sam Johnstone. 

Pellegrini menegaskan akan mengekalkan barisan pertahanan sedia ada dan menambah seorang pertahanan kanan Fulham, Ryan Fredericks bekas pemain muda Tottenham bakal melengkapkan urusan perpindahan percuma ke West Ham pada minggu hadapan.

Post a Comment

Previous Post Next Post