Sokratis Papastathopoulos jalani ujian kesihatan (perubatan).

Sokratis Papastathopoulos jalani ujian kesihatan (perubatan) di London. Kredit foto : FourFourTwo

Menurut laporan Sport24 Greece, Arsenal bakal melengkapkan perpindahan dan menandatangani pemain pertahanan tengah Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos.



Pemain pertahanan ini menjadi topik hangat dikalangan peminat Arsenal setelah gosip perpindahan yang mengaitkan pemain ini menyertai Arsenal dikatakan begitu hampir ketika ini.

Dan laporan sebelum ini mengatakan bahawa perpindahan Sokratis Papastathopoulos ke Arsenal hanya tinggal keputusan ataupun ujian perubatan sahaja lagi sebelum pemain ini diumumkan sebagai pemain Arsenal dan ianya juga merupakan perpindahan pertama Arsenal dibawah pengendali baharu, Unai Emery.

Baca : Rancangan Mislintat Pada Jendela Perpindahan

Dalam perkembangan terkini, Papastathopoulos dilaporkan telah berada di London pada Ahad lalu (dua hari lalu) bagi menjalani ujian kesihatan (perubatan).

Laporan yang dikeluarkan oleh media Greece itu mengatakan bahawa kapten pasukan kebangsaan mereka (Greece) telah berlepas ke London dua hari lalu (Ahad) untuk melengkapkan perpindahan ke Arsenal dengan dilaporkan untuk menjalani ujian perubatan.

Sport24 menyatakan Kicker sebagai rujukan sumber mereka mendedahkan bahawa nilai perpindahan Papastathopoulos dipercayai berada di sekitar €17 juta (£15 juta), dengan pemain pertahanan itu bakal menandatangani kontrak untuk tempoh selama tiga tahun (sehingga tahun 2021).

Dengan kehadiran Papastathopoulos, barisan pertahanan Arsenal dilihat lebih mantap bagi menghadapi saingan musim depan (2018/19) dengan kebolehan dan pengalaman yang ada pada pemain ini.

Lebih-lebih lagi Arsenal kemungkinan bakal bermula tanpa kapten pasukan, Laurent Koscielny untuk beberapa bulan pertama bagi kempen 2018-19 selepas pemain pertahanan Perancis ini mengalami kecederaan buku lali yang serius.

*Kemaskini : 6.05 pagi.

Media Jerman, Bild melaporkan perpindahan Sokratis Papastathopoulos ke Arsenal bakal diumumkan dalam masa terdekat selepas pemain pertahanan Dortmund ini lulus dalam ujian perubatan yang dijalani beliau di London.

Bild melaporkan nilai perpindahan ini berlaku sekitar €19 juta (£16.7 juta) dan Sokratis Papastathopoulos bakal menerima gaji sebanyak €5 juta (£4.4 juta) setahun selepas cukai.

"Bye bye Papi" Tajuk yang dikeluarkan oleh Bild. Kredit foto : BIld


Post a Comment

Previous Post Next Post