CERITA PIALA DUNIA RUSSIA 2018 : APA YANG ANDA HARUS TAHU

Lapan hari sahaja lagi kejohanan terbesar bola sepak bakal di mulai dengan perlawanan pertama menampilkan tuan rumah Russia bertemu wakil Asia, Arab Saudi yang akan berlangsung di Stadium Luzhniki, Khamovniki District, Moscow ibu negara Russia.

Roman Torres Panama meraikan selepas menjaringkan gol ke atas Costa Rica. - gambar oleh source : AFP

Ini adalah beberapa statistik cerita edisi Piala Dunia kali ini, siapakah paling tinggi, pendek atau paling muda dan tua.

Dari kesemua negara yang bertandingan kali ini kita cuba bawa beberapa statistik dari jumlah 736 pemain yang berdaftar.

Siapakah yang paling berat dikalangan 736 pemain ini ?

Beliau adalah Roman Torres dari Panama dengan berat mencecah angka 99 kilogram. Pertahanan Seattle Sounders adalah hero buat Panama, ini kerana jaringan beliau ketika menentang Costa Rica pada kelayakan Piala Dunia telah membawa Panama ke Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah.

Pemain lain yang menjangkau berat 98kg pasti mengejutkan, kerana beliau adalah Harry Kane dan Harry Maguire.

Sementara itu bagi Korea Selatan, Shin-Wook Kim dengan berat 97kg. 5kg lebih berat daripada pemain-pemain lain dalam skuad Korea Selatan itu.

➥99 kg - Roman Torres (Panama)

➥98 kg - Almuaiouf Abdullah (Arab Saudi), Jannick Vestegaard (Denmark), Harry Maguire, Harry Kane (England).

➥97 kg - Shin-wook Kim (Korea Selatan)


Pemain England, Jesse Lingard merupakan pemain kedua paling ringan di Russia kali ini dengan berat 60KG - gambar oleh source AP

Siapakah yang paling ringan di Russia kali ini ?

Jepun merupakan pasukan yang mempunyai pemain ringan paling ramai berbanding pasukan lain, dengan Inui mempunyai berat 59kg.

Inui juga sah menyertai Real Betis dari Eibar sebelum memulakan tugasnya buat skuad matahari terbit itu, mempunyai 21 caps buat negaranya. 

Pemain kedua pasti dikenali ramai kerana sering berada di akhbar-akhbar tempatan dan media asing iaitu Jesse Lingard dengan 60kg.

➥59 kg - Takashi Inui ( Japan )

➥60 kg - Jesse Lingard ( England )

➥61 kg - Joao Moutinho (Portugal), Al-Breik Mohammed (Arab Saudi), Nahitan Nandez, Lucas Torreria (Uruguay), Dries Mertens (Belgium) 


Agaknya pemain manakah yang palig tinggi ?

Beliau adalah penjaga gol Croatia, Lovre Kalinic dengan ketinggian 201cm di ikuti oleh Vestegaard, pemain pertahanan tengah Borussia Monchengladbach dari Denmark.

➥201 cm - Lovre Kalinic (Croatia)

➥200 cm - Jannick Vestegaard (Denmark)

➥199 cm - Federico Fazio (Argentina), Thibaut Courtois (Belgium)


Shaqiri cuba menghalang silva dari mendapatkan bola dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini, Switzerland menang 2-1 keatas Sepanyol - gambar oleh source AFP

Siapakah yang paling pendek ?

Terdapat tiga pemain yang menjadi pemain paling rendah pada edisi Piala Dunia kali ini, kami beri lapan pemain yang berada dalam lingkungan paling rendah berbanding pemain lain.

➥165 cm - Alberto Quintero (Panama), Al-Shehri Yahya (Arab Saudi), Xherdan Shaqiri (Switzerland)

➥166 cm - Javier Aquino (Mexico)

➥167 cm - Manuel Lanzini, Eduard Salvio (Argentina), Andres Guardado (Mexico), Mbark Boussoufa (Maghribi) 

Tidak lengkap jika tidak mengetahui pemain manakah yang paling tua kali ini ?

Essam El Hadary, penjaga gol berusia 45 tahun 4 bulan dari Mesir merupakan pemain paling tua berbanding 736 pemain di Russia nanti. Ini adalah pentas sulung beliau di pentas Piala Dunia. 

Sementara itu bekas pemain pertahanan Barcelona, Rafael Marquez dari Maxico merupakan pemain kedua paling tua, berusia 39 tahun dan 3 bulan dan ini adalah Piala Dunia keempat beliau.

➥Essam El-Hadary (Mesir) 45 tahun, 4 bulan

➥Rafael Marquez (Mexico) 39 tahun, 3 bulan

➥Sergy Ignashavic (Rusia) 38 tahun, 10 bulan

Pemain paling muda di Russia pada edisi kali ini.

Pemain paling muda kali ini dipegang oleh pemain tengah Socceroos, Daniel Arzani

Pemain Melbourne City ini membuat penampilan pertama diperingkat antarabangsa pada 1 Jun 2018 ketika Australia seri 1-1 bertemu Republik Czech, beliau dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit 84 menggantikan Mathew leckie.

Daniel Arzani melakukan larian ketika sesi latihan skuad Socceroos menjelang Piala Dunia Russia - gambar oleh News Corp Australia
Seorang lagi pemain muda berbakat Kylian Mbappe hanya tua 15 hari berbanding Arzani. 

Beliau juga merupakan pemain kedua termuda yang bermain dengan skuad senior Les Bleus pada usia 18 tahun, 3 bulan dan 5 hari pada penampilan pertama pada bulan Mac 2017.

Beliau sudah mempunyai 13 caps untuk Perancis dengan tiga gol, dan menjadi pemain termuda kedua untuk bermain untuk Les Bleus pada umur 18 tahun, tiga bulan dan lima hari ketika dia membuat debutnya pada bulan Mac 2017.

➥Daniel Arzarni (Australia) 19 tahun, 5 bulan

➥Kylian Mbappe (Perancis) 19 tahun, 5 bulan

➥Francis Uzoho (Nigeria) 19 tahun, 7 bulan

Post a Comment

Previous Post Next Post