Wenger jual Laurent Koscielny?

Wenger jual  Laurent Koscielny? Kredit foto : A Spor

Dakwaan pelik mengenai potensi perpindahan Arsenal dengan pengendali kelab berjumpa Wenger di Turki.


Pengurus Galatasaray, Fatih Terim berminat untuk memperkukuhkan barisan pertahanan skuadnya pada jendela musim panas ini dan beliau dikatakan mensasarkan pemain Arsenal, Laurent Koscielny menurut laporan A Spor.

Galatasaray yang akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas muncul selaku juara Liga Turki baru-baru ini dilaporkan sedang berusaha untuk memperkukuhkan barisan pertahan dengan Terim mahukan pemain kebangsaan Perancis yang berusia 32 tahun itu menyertai skuad beliau.

Media Turki, A Spor mengatakan bahawa Terim dan bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah bertemu di Turki minggu lepas dengan pengurus Galatasaray itu menerima maklumat lebih lanjut mengenai Koscielny daripada Wenger.

Wenger dan Terim berjumpa di Turki minggu lepas dan pengendali Galatasaray itu dikatakan mendapat maklumat secara terperinci mengenai kapten Arsenal, Kosecielny. Kredit foto : A Spor.
Laporan itu turut mendakwa Terim tidak puas hati dengan Maicon (29 tahun) dan beliau turut tidak pasti untuk melakukan perpindahan Jason Denayer dari Manchester City secara kekal (tetap). 

Terim tidak begitu yakin dengan kemampuan Maicon. Kredit foto : Yahoo Sports.
Pertahanan Belgium itu (Denayer) menghabiskan musim lalu bersama Galatasaray daripada Manchester City secara pinjaman dan telah membuat 22 penampilan dengan satu gol berjaya dijaringkan beliau.

Bagaimanapun ianya masih belum mampu untuk memikat hati pengendali Galatasaray, Fatih Terim.

Jason Denayer dipinjamkan dari Manchester City musim lalu. Kredit foto : Manchester City
Galatasaray kini secara rasmi telah mensasarkan Koscielny dan gergasi Turki itu turut berharap agar Arsenal sedia menerima cadangan mereka mendapatkan pertahanan berusia 32 tahun itu secara pinjaman pada jendela perpindahan musim panas ini.

Dengan situasi terkini Koscielny yang mengalami kecederaan (tendon achilles), masa depan pemain itu bersama Arsenal turut menjadi persoalan dan beliau juga tidak disenaraikan dalam skuad 23 pemain kebangsaan Perancis bagi menghadapi saingan Piala Dunia 2018 Rusia.

23 pemain Perancis yang bakal beraksi di Rusia nanti.

Namun adakah ianya benar Wenger 'menjual' Koscielny?


Post a Comment

Previous Post Next Post