Perpindahan Marouane Fellaini ke Arsenal adalah sampah.

Perpindahan Marouane Fellaini ke Arsenal adalah sampah. Kredit foto : Navarra

Arsenal tidak berminat untuk menandatangani pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini dengan sumber kelab menggambarkan laporan itu sebagai 'sampah'.


Berita mengenai Fellaini bakal menyertai Arsenal mula tersebar awal minggu ini apabila laporan mengatakan bahawa ejen pemain tersebut bakal berjumpa dengan pihak pengurusan Arsenal bagi membincangkan prospek perpindahan yang dikatakan akan dibincangkan dalam minggu ini.

Laporan mengenai perpindahan Fellaini menyertai Arsenal secara percuma ini turut dilaporkan oleh media arus perdana dan ianya kelihatan seperti perjanjian tersebut hampir terjadi dengan pemain tengah Manchester United itu menyertai Arsenal musim depan.

Bagaimanapun, Football London mendedahkan dalam laporan terkini mereka dengan mendakwa bahawa Fellaini tiada dalam agenda perpindahan yang bakal dilakukan Arsenal pada jendela perpindahan ini.

Laporan itu turut mengatakan (berdasarkan sumber dalaman Arsenal) bahawa berita mengenai wakil Fellaini bakal berjumpa dengan pihak pengurusan Arsenal adalah berita sampah.

Hakikatnya, wakil Fellaini lebih cenderung untuk mencetuskan spekulasi bagi menarik minat mana-mana pasukan yang seterusnya bakal menguntungkan Fellaini (mendapat tawaran lebih baik disamping kuasa rundingan), mungkin dari Manchester United sendiri mahupun dari kelab-kelab lain yang ingin mendapatkan khidmat Fellaini.

Kehadiran Unai Emery selaku pengendali baharu Arsenal musim depan, mencetuskan persoalan siapakah pemain yang bakal dibawa masuk Arsenal terutamanya pada bahagian tengah.

Dan sememangnya, peminat Arsenal turut mengharapkan Arsenal bakal membawa masuk sekurang-kurangnya seorang pemain pada posisi tersebut lebih-lebih lagi nama seperti Steven Nzonzi, Rabiot dan Verratti dikaitkan dengan perpindahan menyertai Arsenal.

Bagaimanapun, Fellaini bukanlah nama yang diharap-harapkan oleh peminat untuk melihat beraksi bersama Arsenal musim depan.

Mungkin berita ini sedikit melegakan peminat-peminat Arsenal.

Sebelum ini, Fellaini turut dikaitkan dengan beberapa kelab ternama Liga Ingggeris termasuklah Liverpool.

Dan berita itu turut dikatakan berita sampah dan dipercayai ianya adalah permainan ejen pemain tersebut dalam mengaut keuntungan dan memberi kelebihan dalam berunding.

Malahan wartawan yang rapat dengan Liverpool turut menganggap laporan tersebut adalah sampah.
Fellaini bernaung dibawah syarikat Football Solutions Business limited yang menggendalikan sembilan pemain lain selain pemain Manchester United itu.

Luciano D’Onofrio merupakan ejen kepada Fellaini. Kredit foto : Turkish Football 

Post a Comment

Previous Post Next Post