Rekod pertembungan Unai Emery - Pep Guardiola dan pengurus-pengurus lain

Arsenal bakal menentang Manchester City pada perlawanan pembukaan liga musim 2018/19 yang dijadualkan berlangsung pada 11 Ogos 2018.

Pengendali baharu Arsenal, Unai Emery telah menerima perlawanan permulaan (pembuka) liga yang paling sukar buat dirinya bersama Arsenal apabila berdepan Manchester City yang dikendalikan oleh rakan senegara beliau, Pep Guardiola

Guardiola bukanlah lawan asing buat Emery dimana mereka telah bertemu 10 kali (perlawanan) sebelum ini di Liga Sepanyol ketika Emery mengendalikan Valencia dan Guardiola pula mengendalikan Barcelona.

Namun berdasarkan rekod pertembungan mereka berdua sebelum ini dalam saingan Liga Sepanyol (La Liga), nyata ianya bukan sesuatu yang mudah buat Emery untuk mencatatkan kemenangan apabila bertemu dengan rakan senegara beliau itu.

Bagi aksi 10 perlawanan mereka terdahulu, jelas Emery gagal untuk mencatat sebarang kemenangan bertemu Guardiola dan beliau merekodkan pencapaian seperti berikut:

Rekod 10 Perlawanan Emery - Guadiorla
Emery vs Guardiola
0 Menang 6
4 Seri 4
6 Kalah 0

Keputusan 10 perlawanan
Musim vs Saingan
2008-09 Barcelona 4: 0 Valencia La Liga
Valencia 2 : 2 Barcelona La Liga
2009-10 Valencia 0 : 0 Barcelona La Liga
Barcelona 3 : 0 Valencia La Liga
2010-11 Barcelona 2 : 1 Valencia La Liga
Valencia 0 : 1 Barcelona La Liga
2011-12 Valencia 2 : 2 Barcelona La Liga
Barcelona 5 : 1 Valencia La Liga
Valencia 1 : 1 Barcelona Copa del Rey
Barcelona 2 : 0 Valencia Copa del Rey

Daripada lima perlawanan ditempat sendiri, Emery hanya mampu mencatat empat keputusan seri dan satu kekalahan sementara lima aksi ditempat lawan menyaksikan Emery tewas kesemuanya.

Dan jumlah gol yang berjaya dijaringkan oleh pasukan Emery adalah sebanyak tujuh gol dengan bolos sebanyak 22 gol bagi keseluruhan 10 perlawanan diantara mereka.

Manakala rekod pertembungan Emery menentang pengurus-pengurus pasukan lain adalah seperti berikut:

Emery vs Jose Mourinho ( 5 Perlawanan )
Emery vs Mourinho
0 Menang 4
1 Seri 1
4 Kalah 0

Emery vs Mauricio Pochettino ( 7 Perlawanan )
Emery vs Pochettino
4 Menang 2
1 Seri 1
2 Kalah 4

Emery vs Jurgen Klopp ( 1 Perlawanan )
Emery vs Klopp
1 Menang 0
0 Seri 0
0 Kalah 1
Sumber: Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post