Morgan Sanson jadi sasaran 3 kelab London.

Morgan Sanson jadi sasaran 3 kelab London. Kredit foto : France Football.

Nama Morgan Sanson mungkin jarang kita dengar dan boleh dikatakan beliau bukanlah seorang pemain terkenal, lebih-lebih lagi untuk mengaitkan beliau dengan perpindahan ke Arsenal.




Namun, pemain kelahiran Perancis berusia 23 tahun ini secara diam-diam mula mencipta nama dalam saingan Ligue 1 bersama Marseille termasuklah aksi beliau yang berjaya membantu kelab Perancis tersebut layak ke peringkat Akhir Liga Europa.

Beliau ketika ini dianggap sebagai salah seorang pemain tengah yang cukup konsisten dan mula mendapat perhatian daripada beberapa kelab ternama termasuklah kelab dari Liga Perdana Inggeris.

Rekod penampilan musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
Ligue 1 33 9 2
Europa League 13 - 1
Europa League Qualifiers 4 2 -
Coupe de France 2 1 -
Coupe de la Ligue 1 - -
JUMLAH 53 12 3

Sanson menjadi pemain pilihan dalam kesebelasan utama Marseille musim lalu apabila membuat 33 penampilan liga dengan hanya tiga kali berada dibangku simpan (pemain simpanan tidak digunakan), sekali menjalani penggantungan (kad kuning) dan sekali tidak berada didalam skuad ekoran kecederaan buku lali.

Kelebihan pemain ini adalah beliau mampu beraksi pada pelbagai posisi walaupun pada musim lalu beliau lebih kerap digunakan ataupun diturunkan selaku pemain tengah menyerang (attacking midfielder center).
Rekod penampilkan mengikut posisi.
Posisi Penampilan Gol Bantuan GOl
Attacking Midfield 23 6 2
Defensive Midfield 13 3 -
Central Midfield 8 3 -
Left Midfield 2 - -
Right Midfield 1 - 1
JUMLAH 47 12 3
*rekod data penampilan mengikut posisi tidaklah begitu lengkap (sekadar yang  ditemui sahaja) kerana kekurangan sumber. Harap maaf.


Menurut media Perancis Football France, Arsenal, Chelsea dan terutamanya Tottenham dikatakan begitu berminat untuk mendapatkan khidmat pemain muda ini.

Football France turut mengatakan bahawa Mauricio Pochettino begitu teruja dengan kebolehan yang dimiliki pemain ini dan percaya bahawa dengan kemasukan Sanson ianya mampu memberi kelebihan buat pasukan Spurs musim depan dalam mengharungi saingan domestik dan Eropah.

Pochettino melihat pemain ini (Morgan Sanson) sebagai pemain 'box-to-box' yang hebat.

Bagaimanapun, ini semua bergantung kepada masa depan Pochettino bersama Spurs sama ada beliau akan tetap mengendali pasukan itu musim depan atau tidak.

Walaupun Pochettino dilaporkan telah menandatangani kontrak baru bersama Spurs, namun  keputusan Zinedine Zidane untuk melepaskan jawatan beliau di Real Madrid mungkin menyebabkan situasi ini berubah apabila Pochettino dikatakan menjadi salah seorang calon utama yang bakal menggantikan Zidane di Real Madrid.

Selain tiga kelab utama London yang berminat untuk mendapatkan Sanson, kelab Sepanyol, Sevilla turut dilaporkan oleh Football France menyertai ketiga-tiga kelab tersebut untuk mendapatkan pemain Marseille ini.

Morgan Sanson mempunyai kontrak bersama Marseille sehingga Jun 2021 dan nilai pemain ini dianggarkan sekitar €22.8 juta (£20 juta).

Post a Comment

Previous Post Next Post