England hanya sasarkan suku akhir

England hanya sasarkan suku akhir. Kredit foto : Footy Boots

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh The Guardian, Persatuan Bolasepak England (FA England) sudah meletakkan sasaran buat pengurus Gareth Southgate untuk mara ke peringkat suku akhir di Russia nanti.

“Apa yang kami mahukan adalah, dan saya tidak mahu memberitahu peringkat mana di kejohanan itu tetapi saya ingin memberi bayangan, kami tidak pernah menang perlawanan kalah mati sejak 2006,” jelas ketua pegawai eksekutif FA England, Martin Glenn.

“Jadi, jelas sekali melepasi peringkat kumpuan dan menang perlawanan kalah mati akan menjadi tanda peningkatan yang ketara. Jika anda menang satu, anda akan menang lagi.”

"Saya fikir kita tidak pernah bersedia dengan lebih baik," katanya lagi.

"Kami mempunyai skuad muda, bukan yang paling muda dalam kejohanan tetapi cukup muda."

"Dan kami mempunyai pasukan sokongan bertaraf dunia, kami memang ada. Tahap penyediaan itu memang baik."

"Kami telah melakukan kerja-kerja psikologi ke dalam pasukan. Bolehkah kita menjadi lebih baik? Mungkin tidak."

England berada dalam Kumpulan G bersama Belgium, Panama dan Tunisia pada kejohanan kali ini.

Pos. Negara P M S K J B +/- Mata
1 Belgium 0 0 0 0 0 0 0 0
1 Panama 0 0 0 0 0 0 0 0
1 Tunisia 0 0 0 0 0 0 0 0
1 England 0 0 0 0 0 0 0 0

Juara Piala Dunia 1966 itu gagal melepasi peringkat kumpulan pada Kejohanan 2014 di mana mereka tewas kepada Itali dan Uruguay serta seri 0-0 menetang Costa Rica yang seterusnya menyaksikan mereka menduduki tangga tercorot peringkat kumpulan.

Pos. Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Costa Rica 3 2 1 0 4 1 +3 7
2 Uruguay 3 2 0 1 4 4 0 6
3 Italy 3 1 0 2 2 3 −1 3
4 England 3 0 1 2 2 4 −2 1

Jika mereka berjaya melepasi peringkat kumpulan (sama ada Juara ataupun Naib Juara kumpulan), mereka akan berdepan sama ada Poland, Senegal, Colombia atau Jepun dari Kumpulan H.

Rekod Pencapaian England Pada Kejohanan Piala Dunia.
Edisi Peringkat Terakhir Kedudukan P M S K J B
1950 Group Stage 8th 3 1 0 2 2 2
1954 Quarter-finals 7th 3 1 1 1 8 8
1958 Group stage 11th 4 0 3 1 4 5
1962 Quarter-finals 8th 4 1 1 2 5 6
1966 Champions 1st 6 5 1 0 11 3
1970 Quarter-finals 8th 4 2 0 2 4 4
1974 Tidak layak
1978 Tidak layak
1982 Second group stage 6th 5 3 2 0 6 1
1986 Quarter-finals 8th 5 2 1 2 7 3
1990 Fourth place 4th 7 3 3 1 8 6
1994 Tidak layak
1998 Round of 16
9th
4 2 1 1 7 4
2002 Quarter-finals 6th 5 2 2 1 6 3
2006 Quarter-finals 7th 5 3 2 0 6 2
2010 Round of 16 13th 4 1 2 1 3 5
2014 Group stage 26th 3 0 1 2 2 4

Post a Comment

Previous Post Next Post