Nilai hadiah kemenangan pasukan yang menjuarai Piala Dunia 2018 dan pasukan yang bertanding


Hadiah Piala Dunia Piala Dunia 2018

Berapakah nilai wang kemenangan bagi pasukan yang menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia? 

Dan bagaimana pula nilai wang yang diperolehi oleh setiap pasukan yang layak beraksi pada edisi kali ini?



Piala Dunia Bola Sepak 2018 akan bermula pada 14 Jun ini sehingga 15 Julai 2018 dengan perlawanan pertama dilangsungkan di Stadium Luzjniki, Moscow yang menampilkan Rusia bertemu Arab Saudi. 

Secara keseluruhannya, hadiah kemenangan bergantung kepada sejauh mana sesebuah pasukan itu mara pada kejohanan ini.

Hadiah kemenangan Piala Dunia adalah berbeza dari tahun ke tahun termasuklah pada edisi 2018 dimana laman FIFA telah mengumumkan peningkatan jumlah wang ganjaran pada edisi kali ini .

Pada edisi 1998, FIFA telah membelanjakan sebanyak $ 103 juta, termasuklah wang kemenangan yang diberikan kepada juara Piala Dunia di Perancis.

Dan dua puluh tahun kemudian (2018), jumlah itu semakin meningkat dan berjumlah $ 791 juta bagi edisi yang akan dilangsungkan di Rusia.

Jumlah itu juga menyaksikan peningkatan sebayak 40% lebih banyak daripada apa yang dibelanjakan pada tahun 2014 di Brazil, di mana jumlah ganjaran yang telah diperuntukan pada edisi tersebut adalah sebanyak $ 576 juta.

Graf kenaikan wang kemenangan dan peruntukan FIFA.
Bagi edisi 2018, FIFA telah membelanjakan ataupun memperuntukkan sebanyak $ 400 juta kepada 32 pasukan yang layak.

Iaitu sebanyak 12% lebih tinggi daripada $ 358 juta yang diperuntukkan kepada setiap pasukan yang layak pada Piala Dunia 2014.

Daripada jumlah keseluruhan yang berjumlah $791 juta (yang diperuntukan bagi kejohanan di Rusia), baki $ 391 juta akan dibelanjakan untuk perbelanjaan lain seperti persediaan pasukan dan program serta faedah lain untuk kelab.

Dan sebanyak $134 juta (daripada $ 391 juta) itu diperuntukan untuk insuran pemain-pemain yang terlibat pada kejohanan kali ini.



Pengagihan $ 400 juta.

Setiap pasukan akan mendapat sekurang-kurangnya $8 juta apabila layak beraksi diperingkat kumpulan.

Dengan mendapat tambahan sebanyak $1.5 juta untuk setiap pasukan bagi tujuan persiapan menghadapi kejohanan ini.

Dan jumlah tersebut ($1.5 juta) adalah tidak termasuk dalam peruntukan ataupun baki yang berjumlah $ 400 juta ini dan ianya termasuk dalam peruntukan $ 391 juta itu tadi.

Berikut adalah pecahan agihan wang bagi kejohanan kali ini (2018) dan peningkatan berbanding pada edisi terdahulu (2014).

FIFA WORLD CUP 2018 PRIZE MONEY BREAKDOWN
STAGE 2018 WC PRIZE MONEY 2014 WC PRIZE MONEY
Preparation Fee for 32 qualified teams $1.5 million each $1 million each
Group Stage (16 eliminated teams) $8 million each $8 million each
Round of 16 (8 eliminated teams) $12 million each $9 million each
Quarterfinal (4 losing sides) $16 million each $14 million each
Fourth Place Team $22 million $18 million
Third Place Team $24 million $20 million
Runners-up $28 million $25 million
Winners $38 million $35 million
Player Insurance fee $134 million $100 million
Pasukan Juara akan menerima $47.5 million

Berikut adalah pecahan perbelanjaan FIFA bagi Piala Dunia 2018:

Bagaimana FIFA menjana pendapatan. 

Sebahagian besar pendapatan FIFA diperolehi daripada hak penyiaran televisyen (siaran secara langsung) perlawanan untuk kejohanan ini.

Menurut Laporan Kewangan FIFA 2014, hak penyiaran TV sahaja telah menyumbang sebanyak $2.43 bilion daripada jumlah pendapatan yang dijana sebanyak $4.8 bilion secara keseluruhan pada Piala Dunia 2014

Penjana pendapatan kedua terbesar untuk FIFA adalah hak pemasaran, yang menyumbang pendapatan sebanyak $1.53 bilion pada empat tahun lalu. 

Semasa kejohanan di Brazil, hasil penjualan tiket perlawanan telah menyumbang sebanyak $530 juta untuk menjadi penjana pendapatan ketiga terbesar buat FIFA.

Dan FIFA juga menjana pendapatan sebanyak $180 juta daripada hak hospitaliti dan $ 110 juta daripada hak pelesenan.


Secara Ringkasan
Pendapatan FIFA 2014
Perbelanjaan FIFA 2014.



Post a Comment

Previous Post Next Post