Giliran Mesut Ozil pula dikecam oleh Lothar Matthäus

Giliran Mesut Ozil pula dikecam oleh Lothar Matthäus. Kredit foto :T-Online

Pada bulan Mac lalu, apabila dunia bolasepak menyokong tindakan Per Mertesacker kerana bercakap secara terbuka mengenai perjuangannya dengan tekanan dalam bolasepak, Lothar Matthäus mengambil pendekatan sebaliknya.


Legenda bolasepak Jerman, 57 tahun itu mula membayangi pencapaiannya dengan mulutnya apabila menjelaskan Mertesacker mungkin patut bersara namun pemain tersebut tidak sepatutnya meluahkan apa yang telah diharungi pemain itu secara terbuka lebih-lebih bakal menjadi pengurus pasukan remaja Arsenal.

Tindakan Mertesacker itu jelas menerima kritikan pedas lagenda Jerman, Lothar Matthäus yang mempersoalkan bagaimana seorang pemain yang bakal mengendalikan skuad remaja melakukan pendedahan terbuka mengenai tekanan yang dihadapinya bakal memberi kesan kepada skuad remaja Arsenal nanti dalam menangani situasi tersebut.

Terbaru, aksi buruk Jerman turut menerima kritikan beliau dan kali ini kritikan pedas ditujukan secara terang-terangan terhadap pemain sensasi negara itu yang juga merupakan pemain Arsenal, Mesut Özil dalam media sukan Jerman, Bild semalam (Selasa).

Selain Ozil, Julian Brandt turut dipersoalkan Matthäus kerana berswafoto - 'selfie'bersama peminat negara itu ketika meninggalkan padang.
Tindakan Brandt berswafoto menerima kecaman Matthaus sebagaimana disiarkan dalam media Jerman, Bild. Kredit foto : News.com.au
Pemain berusia 22 tahun itu berhenti ketika menuju kebilik persalinan untuk berswafoto bersama peminat dan memetik laporan Bild, pemain tersebut mengatakan:

"Saya mahu pergi terowong pemain (bilik persalinan), kemudian datang anak kecil itu dan menjerit. Pada saat itu anda tidak memikirkan apa-apa. Anda melakukan demi peminat. Saya mengambil telefon dan mengambil selfie. Saya tidak fikir apa-apa. "

Namun itu salah satu kontroversi yang menimpa skuad Jerman dan Matthäus melalui pendedahan yang dibuat oleh Bild telah mengecam tindakan pemain Arsenal, Mesut Ozil dalam laporan media Jerman tersebut.
Laporan muka hadapan Bild yang memaparkan kata-kata Matthaus terhadap Ozil.
Pada perlawanan menentang Mexico, Mesut Ozil dilihat tidak menyanyikan lagu kebangsaan negara Jerman namun tindakan Ozil itu bagaimanapun tidak mendapat reaksi negatif lagenda Jerman itu sebaliknya beliau (Matthäus) menegaskan bahawa:

"Saya tekankan bahawa saya tidak mempunyai masalah sama sekali dengan Özil tidak menyanyi bersama lagu kebangsaan. Itu terpulang kepada setiap pemain, sama ada dia mempunyai keturunan Jerman, Turki atau Afrika."

"Tetapi apa yang saya perhatikan selepas lagu tersebut dinyanyikan (habis dinyanyikan) di Moscow, ianya membuatkan saya sangat marah."


"Sepuluh pemain Jerman telah melambai tangan dan memandang kepada penonton sebagai tanda penghargan. Hanya Özil seorang sahaja yang tidak berbuat demikian."

"Ini memberikan gambaran jelas kepada saya bahawa Ozil tidak faham mengapa terdapat perbincangan hebat di Jerman mengenai dia. "

"Beliau tidak menyedari apa yang diharapkan oleh penyokong Jerman dari pemain kebangsaan."

"Adalah tindakan betul untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada Jerman selepas kesilapan beliau bergambar bersama Erdogan (Presiden Turki) namun dia sepatutnya memberikan penghargaan kepada penyokong Jerman dengan menunjukkan keikhlasan beliau. "


Di Jerman, tindakan Ozil dan İlkay Gündogan bertemu Presiden Turki, Erdogan telah menyebabkan kekecohan besar tanpa mengambil kira sama ada ianya betul ataupun salah.

Tindakan Ozil dan Gundogan bertemu Presiden Turki mencetuskan cerita hangat di Jerman. Kredit foto : as.com
Dan ianya menjadi cerita besar yang hangat sehinggakan membawa isu tersebut kepada Piala Dunia yang sedang berlangsung ketika ini.

Ekoran insiden tersebut, Canselor Jerman, Angela Merkel mneyeru semua warga Jerman untuk mengetepikan isu tersebut dan meminta kepada semua untuk memberi sokongan kepada pasukan dalam menghadapi saingan Piala Dunia 2018 Rusia.

Pun begitu, tidak semua orang mampu menerima seruan Canselor Jerman itu supaya mengetepikan isu tersebut.

Matthaus, jelas tidak mampu untuk berbuat demikian terutamanya selepas perlawanan menentang Mexico yang menyaksikan kekalahan 1-0 Jerman ditangan Mexico pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.


Pundit berusia 57 tahun itu menegaskan:

"Yang tidak menyenangkan, bahasa tubuhnya adalah negatif. Dia berada dalam permainan tanpa merasai keseronokan (kegembiraan)."

"Saya sering merasakan bahawa ketika di padang, Özil tidak merasa begitu selesa bersama jersi DFB (Jerman), tidak bebas."

"Seolah-olah dia tidak mahu bermain. Tidak ada hati, tiada kegembiraan, tiada semangat. Selepas gambaran terakhir, ia tidak mengejutkan saya untuk menyaksikan dia bersara dan menarik diri dari pasukan kebangsaan selepas berakhirnya kejohanan Piala Dunia ini. "

Adakah Ozil sentiasa menjadi 'kambing hitam'? Baik bersama pasukan kebangsaan mahupun kelab (Arsenal).
 
Adakah Ozil juga tidak mempunyai hati dan semangat bersama Arsenal?

Post a Comment

Previous Post Next Post