Adakah kita bakal mendengar berita gembira sekali lagi dari Jerman

Perpindahan Bernd Leno dijangka akan diumumkan hari ini. Kredit Foto : Sky Sport

Arsenal telah dikaitkan dengan beberapa nama bagi posisi penjaga gol pada jendela perpindaha musim panas ini,namun nama Bernd Leno tertalu kuat diperkatakan ketika ini.


Bayer Leverkusen dilaporkan sudi untuk menjalankan urusniaga perpindahan pemain tersebut asalkan terdapat mana-mana kelab yang sanggup menawarkan jumlah bayaran di antara € 20 juta (£17.5 juta) hingga € 25 juta (£22 juta).

Dan nilai tersebut dikatakan tidak menjadi masalah buat Arsenal untuk mengeluarkan dana perpindahan bagi mendapatkan penjaga gol berusia 26 tahun itu.

Selepas menandatangani Lukas Hradecky, Bayern Leverkusen telah menyatakan dengan jelas bahawa pemain yang baru dibawa masuk itu (penjaga gol) bakal menjadi pilihan utama mereka dalam menghadapi saingan musim depan dan ini akan memaksa Leno untuk mencari kelab baru.

Beberapa kelab termasuk Napoli dan Atletico Madrid telah dikaitkan dengan penjaga gawang Jerman itu, namun Arsenal dilaporkan semakin hampir mendapatkan pemain tersebut.

Semalam (awal pagi tadi), Ketua Pengarang, Bild (media Jerman), Christian Falk telah memuatnaik status mengenai perpindahan Bernd Leno ke Arsenal akan diumumkan esok (malam ini, waktu Malaysia).



Info Tambahan 

Emery dan barisan pengambilan pemain Arsenal bakal membelanjakan £22juta untuk penjaga gol, Bernd Leno.

Sementara itu, berikut adalah nilai perpindahan yang dibelanjakan Wenger untuk penjaga gol:

» Cech £12m
» Wright £8m
» Almunia £4.5m
» Fabianski £4m
» Ospina £3,5m
» Lehmann £3m
» Manninger £2m
» Vivano £1m
» Manonne £500
» Poom Free
» Warmuz Free
» Shabaan Free
» Martinez Free

Khabar angin terbaru, Napoli dikatakan mahu mendapatkan khidmat Cech secara pinjaman musim depan.

Dan Cech juga baru sahaja diberikan Nombor Jersi bernombor 1 yang akan digunakan beliau musim depan bersama Arsenal.

Kontrak Cech bersama Arsenal bakal berakhir pada Jun 2019.

Adakah Petr Cech bakal dipinjamkan ke Napoli ataupun adakah David Ospina bakal dilepaskan ke Fenerbahce musim depan jika Bernd Leno sah menyertai Arsenal musim depan. 

Selepas kita mendengar berita gembira dari Jerman sebelum ini dimana Sokratis Papastathopoulos akan diumumkan sebagai pemain Arsenal bulan depan, adakah kita sekali lagi bakal menerima berita gembira dari Jerman.

Post a Comment

Previous Post Next Post