Pengarah Sukan Borussia Dortmund, berikan perkembangan terkini mengenai perpindahan Sokratis Papastathopoulos.

Perkembangan terkini perpindahan Sokratis Papastathopoulos menurut Michael Zorc. Kredit Foto: FourFourTwo

Perpindahan Sokratis Papastathopoulos ke Arsenal masih belum lagi dimuktamadkan menurut Michael Zorc. 



Sebelum ini, Arsenal dilaporkan telah bersetuju dengan bayaran perpindahan berjumlah £16 juta untuk membawa masuk pertahanan antarabangsa Greece itu daripada Borussia Dortmund.

Papastathopoulos juga dilaporkan telah bersetuju dengan terma dan syarat dalam menandatangani kontrak bersama Arsenal dan turut dilaporkan juga bahawa beliau telah pun selesai serta lulus dalam ujian perubatan bersama Arsenal.

Dan beliau dikatakan telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama The Gunners.

Walaupun segala urusan perpindahan itu dikatakan telah lengkap, namun pihak Borussia Dortmund dilaporkan telah meminta urusan perpindahan tersebut ditangguhkan sehingga tahun kewangan yang akan datang kelab Jerman itu, yang bermula pada 1 Julai.

Serta dijangkakan bahawa pengumuman mengenai perpindahan itu akan dilakukan pada 1 Julai 2018 setelah tahun kewangan baru Dortmund itu dibuka (hanya menantikan pengumuman rasmi dibuat).

Kronologi gossip perpindahan Sokratis Papastathopoulos.




Dengan hanya empat hari sahaja lagi menantikan tarikh pengumuman tersebut bakal dilakukan, Pengarah Sukan Dormund, Michael Zorc telah menjelaskan dimana masih terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat diumumkan secara rasmi sebagaimana dipetik daripada laporan Daily Star.

"Ia cenderung untuk pergi ke sana, betul," katanya kepada Jerman Revier Sport apabila ditanya sama ada Papastathopoulos bakal menyertai Arsenal. 

"Tetapi perkara tersebut belum diselesaikan sepenuhnya."

"Dan saya tidak akan membicarakan hal ini bersama awak serta melayani khabar angin mengenai perpindahan yang merangkumi 27 pemain baru BVB sejak akhir bulan Mei."

"Sementara itu, kami sedang menikmati masa kami dan merancang mengenai masa depan pasukan."

"Dan kami mempunyai idea yang jelas dan saya yakin bahawa kami akan mengumpulkan pasukan yang sangat baik."

"Ini tidak semestinya berlaku pada permulaan musim, ini kerana jurulatih mahu menilai dan memberi penekanan kepada pemain yang bersama kami."

Ayah Papastathopoulos sebelum ini mendakwa bahawa pemain itu telah menolak peluang untuk berpindah ke Manchester United demi menyertai Arsenal.

"Ada minat dari United tetapi dia terpaksa menunggu hingga Julai untuk mereka," kata Charalambos Papastathopoulos.

"United mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Dortmund, pasukan mereka telah berbincang bersama tetapi Sokratis memilih untuk pergi ke Arsenal."

"Arsenal telah berunding dua tahun lalu tetapi saya tidak tahu mengapa dia tidak menandatangani."

"Dia akan ke tahap yang lebih tinggi, liga yang paling kompetitif di dunia dan saya percaya dia akan melakukannya dengan baik."

"Sokratis berada di tahun akhir (kontrak) di Dortmund. Ini adalah sebab utama (untuk melengkapkan perpindahan ini)."

"Dia gembira, dia berada di England pada masa ini dan akan melakukan apa yang harus dilakukannya, perkara-perkara biasa, semuanya akan berjalan lancar dan dia gembira."

Borussia Dortmund dilaporkan bersedia menandatangani pemain Mainz, Abdou Diallo bagi menggantikan Papastathopoulos yang bakal menyertai Arsenal nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post