Israel failkan bantahan kepada FIFA berhubung pembatalan perlawanan persahabatan menentang Argentina.

Israel failkan bantahan kepada FIFA berhubung pembatalan perlawanan persahabatan menentang Argentina. Kredit foto : The New Arab

Persatuan bola sepak Israel mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia merancang untuk memfailkan aduan kepada FIFA dengan menuduh rakan sejawatannya dari Palestin mengenakan tekanan terhadap pemain dan kakitangan Argentinia bagi membatalkan perlawanan persahabatan.



Rotem Kamer, naib presiden Persatuan Bola Sepak Israel, menuduh FA Palestin telah melakukan 'keganasan bolasepak' selepas pemimpinnya menyeru dan melakukan protes terhadap Argentina.

Argentina dijadualkan menentang Israel dalam perlawanan persahabatan pada hari Sabtu, namun dalam temu bual bersama ESPN, penyerang Argentina, Gonzalo Higuain mengesahkan perlawanan tersebut telah pun dibatalkan.
Demonstrasi terhadap perlawanan ini telah diadakan di Buenos Aires dan Barcelona, di luar kem latihan pasukan kebangsaan Argentina.

Ketua Federasi Bola Sepak Palestin, Jibril Rajoub  menyeru peminat sukan untuk membakar foto dan jersi superstar Barcelona, Lionel Messi jika pemain tersebut menghadiri perlawanan persahabatan itu.

Jibril Rajoub. Kredit foto : Fanack
Jibril Rajoub menyeru kepada peminat sukan untuk melakukan tindakan tersebut (membakar gambar dan jersi Messi) ketika demonstrasi dilakukan di hadapan pejabat perwakilan Argentina di Ramallah, di mana beliau meminta Argentina membatalkan perlawanan itu.

Liga Arab juga menggesa Argentina untuk membatalkan perlawanan itu dimana lokasi perlawanan tersebut akan diadakan disebuah kampung Palestin di Baitul Baal yang musnah pada perang tahun 1948.

Kontroversi mengenai perlawanan itu hadir selepas tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 126 orang Palestin dan lebih daripada 10,000 telah cedera sejak demonstrasi besar-besaran bermula pada 30 Mac.

Demonstrasi dan keganasan memuncak pada 14 Mei lalu apabila sekurang-kurangnya 61 orang Palestin terbunuh ketika puluhan ribu rakyat Gaza membantah pemindahan kedutaan Amerika Syarikat di Israel ke kota Yerusalem yang dipertikaikan pada hari yang sama.


Protes itu turut digelar 'Great Return March' telah berpusat dikem pelarian Palestin untuk kembali ke rumah mereka setelah diusir semenjak penubuhan Israel pada tahun 1948.

Post a Comment

Previous Post Next Post