![]() |
Pemain muda PSG, Yacine Adli sertai Arsenal. Kredit foto :TEAMtalk |
Lima hari yang lalu, laporan daripada media Perancis, France Football dan L'Equipe mengatakan pemain muda Paris Saint-Germain (PSG), Yacine Adli hampir pasti menyertai Arsenal.
Dan semalam, laporan sebuah lagi media Perancis, RMC Sport mengatakan bahawa pemain muda berusia 17 tahun itu telah pun menandatangani kontrak bersama Arsenal.
Adli dipercayai menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan pilihan penyambungan kontrak selama dua tahun pada tahun ketiga bersama Arsenal.
Walaupun Adli tidak mempunyai kontrak bersama PSG namun umur beliau yang masih berusia 17 tahun menyebabkan Arsenal perlu membayar pampasan berjumlah £223,000 kepada kelab itu bagi melengkapkan perpindahan tersebut.
Ini kerana mengikut peraturan UEFA, sesebuah kelab perlu membayar pampasan kepada kelab yang menjadi 'majikan' kepada pemain dibawah umur (tidak memiliki kontrak profesional) yang berada di akademi sesebuah kelab itu.
Arsenal menghadapi saingan daripada Bayern Munich, Barcelona, Manchester City dan Juventus dalam usaha mendapatkan pemain muda ini serta dari PSG sendiri, yang berusaha untuk mengekalkan Adli bersama mereka.
— RMC Sport (@RMCsport) June 6, 2018

Rekod penampilan Yacine Adli bersama PSG:
Saingan | Penampilan | Gol | Bantuan Gol | Minit Permainan |
---|---|---|---|---|
UEFA Youth League | 11 | 1 | 1 | 577' |
Ligue 1 | 1 | - | - | 7' |
Jumlah | 12 | 1 | 1 | 584' |
Rekod penampilan bersama skuad Perancis:
Skuad | Penampilan | Gol | Bantuan Gol | Minit Permainan |
---|---|---|---|---|
U18 Perancis | 2 | 2 | - | 80' |
U17 Perancis | 18 | 7 | 11 | 1,316' |
U16 Perancis | 5 | 2 | 1 | 433' |
Jumlah | 25 | 11 | 12 | 1829 |
Diharapkan beliau terus berkembang dibawah Unai Emery dan mampu menembusi skuad utama Arsenal dalam masa terdekat.
Adli mampu beraksi pada posisi tengah (center midfielder) dan tengah menyerang (attacking midfielder) serta sayap kanan.
Adli mampu beraksi pada posisi tengah (center midfielder) dan tengah menyerang (attacking midfielder) serta sayap kanan.
Video Adli